Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Friday, November 19, 2010

BENTO di ISSHIN

hari isnin lepas, waktu aku pi audit supplier, depa bawak pi makan kat Autocity, restoran jepun; ISSHIN. aku ni mana pernah masuk restoran jepun..he he..ni pertama kalinya.

belek menu pun lama, tak tau nak pilih hat mana..
pastu ada la chef2 melayu dok gelak2 kat dapuq depa..
alih2 ado sorang tu mai tanya aku, mcm kenai ja...

rupa2nya jiran aku kat kampung..he he
ingat2 lupa la jugak..dia pun sama la.. almaklumlah kalau aku balik kampung, mana keluaq rumah dah..pemalaih sungguh..heheh

dia la yang advise nak mkn apa..
so, aku pilih la set BENTO ni..
sedap gak, tak la rasa asing sangat masakannya walaupun ni first time aku makan kat restoran jepun..
tapi aku tak boleh pi la dengan sup miso tu..
huishh..tinggai lagu tu ja la..

harga dia?
satu set lebih kurang rm60..

dah orang belanja, mestila sedap kan.. :))


 teh hijau..

 telur kukus..(agak sedap waktu panas2 tapi aku tak dapat abihkan :p)

 set bento yang ada sushi..yang putih tu, udang tempura

 ni hidangan aku..tak dak sushi (bukan reti makan pun..he he)

 ayam masak apa ntah..tp sedap

 ikan panggang ni sedap :)

 peria goreng dgn telur..not bad


6 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

Thanks follow akak. harap sudi singgah selalu.

Cik Puan Syeeda said...

klu org belanja, megi pun sedap..haha sy pun tk pernah mkn masakan jepun, nk makan pun tk reti..hehe

Sya said...

ISSHN tu mmg nama dia ke or ada nama panjang? kt mana restoren ni? saya nak cari ikan panggang yg awak mkn tu...unagi kan? sebab kalau kt Sushi king unagi tu xhalal...ada alkohol..

Hanim Mahali said...

kat mana restoran ni? nak tau jugak... suka sangat makan makanan jepun.. teh hijaunya menyamankan...

azian_ab said...

hmmm cam sedap jer.... hmmm... cam nek try jer... hehehe

norh said...

*kak ina
InsyaAllah

*syeeda
betul3x, megi pun boleh sedap kan..
sbb tak reti mkn ikan mentah tu yang pilih set yg tak dak ikan mentah tu.. not bad..

*sya
aaa, tu ja nama dia..restoran kat autocity, juru, penang..
yup, unagi.. tukang masak kat situ ramai melayu, nak pulak sy kenal..tu yg konfiden tu..

*hanim
kat autocity, juru, tepi highway.. ohh kalau awak japanese food lover, sy recommend ke sini.. kalau awak tengok menu dia, mesti lg teruja..he he

*azian
waktu kami lunch, penuh restoran tu..