Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Wednesday, January 5, 2011

Setiap Hari Tanpa Beg Plastik

cuba teka? apakah ini?



reusable beg
harga: RM9.90
comel & praktikal untuk dibawa kemana2..

kenapa perlu tertarik dengan item ini?
untuk kawan2 yang berminat dengan aktiviti shopping, sila ambil perhatian ya!
sila baca artikel di bawah sehingga tamat...ngeh ngeh ngeh
advance reminder; sesiapa yang nak shopping di pulau pinang, item di atas adalah sangat berguna ya!!



Hari Tanpa Beg Plastik
Latar Belakang
Tahukah Anda? 
Beg Plastik umpama toksid di muka bumi, susah untuk dilupuskan dan dibersihkan. Tahun lepas, 6 kumpulan pasaraya terbesar di Pulau Pinang telah mengagihkan 25.2 juta plastik sebulan atau secara purata sebanyak 2.1 juta sebulan.
Sebagai usaha untuk mentransformasikan Pulau Pinang sebagai negeri bertaraf antarabangsa yang lebih bersih, cerah dan hijau pelbagai usaha telah dijalankan termasuk bergerak sehaluan dengan 42 buah negara atau bandaraya lain seluruh dunia dengan menggalakkan orang ramai mengurangkan penggunaan beg plastik. Kini, Kerajaan Pusat juga menjejaki langkah Kerajaan Negeri dengan mengumumkan pengurangan penggunaan beg plastik.
Sejak Pelancaran Program 'Hari Tanpa Beg Plastik' yang diadakan setiap Hari Isnin mulai 6hb Julai 2009 di pasaraya-pasaraya telah membolehkan Negeri Pulau Pinang berjimat lebih daripada 1 juta* beg plastik dalam masa 4 bulan. Program ini telah dilanjutkan ke tiga hari seminggu iaitu setiap Hari Isnin, Selasa dan Rabu mulai 1hb Januari 2010. Peniaga-peniaga hyper/supermarts, departmental stores, farmasi, fast food restaurants, Nasi Kandar chain stores, petrol kiosk stores dan convenience stores diwajibkan mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan tempatan dalam pembaharuan lesen.
Kebanyakan beg plastik sukar untuk dilupuskan. Malah Beg plastik yang boleh dilupuskan tidak akan mereput tanpa kelembapan, cahaya dan oksigen di tempat pembuangan.
Tahun 2008, Enam kumpulan pasaraya utama di Negeri Pulau Pinang telah mengedar sejumlah 25.2 juta beg plastik setahun (atau 2.5 juta beg plastik sebulan). Data ini belum lagi merangkumi pengeluaran beg plastik oleh pengusaha-pengusaha lain seperti penjaja-penjaja atau pasaraya mini. Ke manakah kesemua beg plastik ini dihantar akhirnya?
Setiap rakyat Negeri Pulau Pinang dianggarkan menghasilkan sebanyak 1kg sampah sarap  setiap hari. Pada tahun 2007,  MPPP dan MPSP  telah membelanjakan kira-kira RM57.6 juta  untuk pelupusan sisa pepejal. Hampir 30 peratus daripada hasil yang diperolehi PBT terpaksa digunakan hanya untuk melupuskan sampah sarap.
Nasihat daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang:
(1) Sediakan Beg Membeli-belah, Kurangkan Beg Plastik  
(2) Jom, pisahkan sampah! Amalkan 3R: Kurangkan sampah(Reduce), Guna semula(Reuse) dan Kitar semula(Recycle).
*Data yang diberikan oleh 45 pasaraya dan peserta “Hari Tanpa Beg Plastik” . 
-Bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik pada "Hari Tanpa Beg Plastik" akan dimasukkan ke dalam Tabung Rakan Anti Kemiskinan.


untuk keterangan lanjut, sila klik di sini :) greenstate 

8 comments:

Hanim Mahali said...

Sama sama kita jayakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik untuk alam sekitar dan kesihatan diri.

http://gadishanim.blogspot.com/2011/01/no-plastik-beg-please.html

norh said...

yup..hargai alam sekitar kita :)

Lina Rahim said...

sori ya off topic..

ada tag utk Norh-seriastana. klik (link). Kalau nak join boleh buat, kalau tak nak pun tak apa..:-)

MasZuber said...

senantiase ade beg lipat dlm hband i yg besar neh..:)

norh said...

*Lina Rahim
nanti waktu tak sibuk, saya join ye :)

norh said...

*MasZuber
dok memilih beg2 yang comel tu pun rambang mata..he he

Cik Ina Do Do Cheng said...

Akak dah lama mengamalkannya. Dah standy by dalam handbag. Lagipun senang nak beli barang.

norh said...

*Cik Ina minat Do do Cheng
baguslah akak ni..sebelum ni, saya cuma amalkan kalau shopping kat tesco ja..