3 hari cuti, puas aku berehat..hari sabtu, aku melawat kawan lama; acik, coursemate waktu kat USM..dia baru pindah ke kedah..sebelum ni mengajaq kat TTDI..la ni dapat mengajaq kat sekolah convent aloq staq.. orang dok sibuk2 buat persiapan menyambut hari keputeraan sultan kedah, aku pun dok sibuk meramaikan kenderaan kat jalan aloq staq tu..kebetulan dia dok berdepan dengan Istana Anak Bukit..
Meriah betul sambutan kat aloq staq ni.. Semoga Tuanku dilanjutkan usia dan limpahi rahmatNya untuk terus memerintah negeri Kedah..
titah Tuanku sewaktu majlis sabutan hari keputeraannya; jangan heret baginda dalam masalah politik negeri Kedah..saya amat bersetuju..masing2 dah diberi jawatan dan elaun2, laksanakanlah tanggungjawab yang diamanahkan dengan sepenuhnya, janganlah suka menyalahkan orang lain kalau kerja tu tak berjalan dengan sempurna..
Berbalik kepada cerita asal, dah lama aku dok ingat nak pi melawat dia, tapi baru berkesempatan pi.. sebelum dia mengajaq kat convent dia dapat mengajaq kat langkawi selepas permohonan pindah ke kedah diluluskan.. tapi Allah menguji dia; suami dia tiba2 kena strok waktu bulan puasa baru2 ni..padahal tak de sakit apa pun sebelum tu..husband dia aktif jugak, dok main badminton selang 2 hari..kejadian tu berlaku masa bulan puasa..adakah bila kita tiba2 stop rutin aktif kita, sistem badan akan terjejas macam ni? aku semakin takut la dengan penyakit sekarang ni..menyerang orang2 muda pulak tu..sebelum cerita acik ni, ada adik ipar kawan aku kat opis pun jadi macam ni gak..tiba2 koma, kena pasang alat bantuan dan meninggal dua minggu lepas tu..Innalillahirojiun..
Suami acik, Hanif kena jalani pembedahan kat hospital besar pulau pinang.. mendengar cerita acik waktu kejadian ni berlaku..aku terpikir..Allah menguji manusia dengan ujian2 dan Dia maha mengetahui keupayaan hambaNya yang diuji...dengan anak bongsu dia yang berusia 8 bulan ketika tu, bayangkanlah ujian yang dia lalui..berulang alik ke hospital dan menjaga suami yang lumpuh sebelah waktu Hanif sakit tu.. Alhamdulillah, Hanif dah boleh berjalan dan kembali mengajaq bulan satu hari tu..semoga Hanif bertambah pulih dan Acik sekeluarga bertambah bahagia..
Hari ahad; balik kampung..makan, tengok tv dan tido..nikmat bukan?
Hari isnin; breakfast, internet, makan tengahari, internet, makan dan minum petang, tengok tv, internet... rehat dan rehat serehatnya bukan! he he he
nota kaki: belajar dari pengalaman hidup kawan-kawan
2 comments:
hospital penang? kazen kite surgeon kat situ. dia kene bedah sebab sakit apa? :D
tiba2 ja dia kena strok walhal tak de sakit apa pun sebelum tu..
Post a Comment