selamat berhujung minggu semua..
mesti ramai yang berjalan2 minggu ni..
aku? tak plan ke mana2 pun..tak sedar akan ada cuti 3 hari dan tak sempat buat plan ke mana2..ha ha ha.. kena jadi lebih terurus lepas ni supaya dapat ambik peluang berjalan2 cuti2 Malaysia...
dah tak berjalan ke mana2, dan dah sampai masa untuk servis keta... ingat nak bertapa lama sikit kat kedai keta hari ni..mintak dia tengok mana2 yang patut kena tukaq..almaklumlah, keta dah lama memberikan jasa pada tuan dia nih.. Alhamdulillah, kereta ni tak banyak ragam..jadinya kena hargai dia.. sayang oo..kena belai2 buat preventive maintenance ke dia...
ramai orang suruh tukaq tapi tak mau lah.. kalau orang nak bagi free keta baru takpe la jugak, wajib aku terima.. ha ha ha
aku mengaku tak pandai bab2 keta ni..cuma tiap kali pi servis kena pandai2 cakap dengan mekanik tu, mintak tengokkan mana2 yang tak ok dan mana2 yang aku rasa pelik waktu memandu..
kalau dia tipu pun, tertipulah aku kan..tapi aku tetap setia dengan kedai servis ni dari dulu sampai sekarang :) .. memang dia ada la history aku tukaq apa, dah brapa kali tukaq..
sebab ni ke aku setia dengan depa? atau sebab aku malas nak cari kedai lain yang lagi best.. atau perangai aku ni yang memang susah nak bertukaq2.. kadang2 perangai aku yang satu ni boleh jadi kelebihan dan kadang2 boleh jadi kekurangan..
apa2 pun, setakat ni aku puas hati la dengan servis dia.. :)
Saturday, April 30, 2011
Friday, April 29, 2011
salam semua... :)
ho ho ho...lamanya tak berjurnal.
hari isnin lepas baru hantar servis, semalam baru dapat balik laptop..
actually sesuai sangat laptop demam..since last week & this week tahap sibuk adalah melampau..sangat la rasa tak terurus.. 8am to 6pm tu memang mengerah keringat betul (memang sepatutnya macam tu la kan.. :P ).. bila balik rumah, hanya mahukan rehat dan tido yang secukupnya.. hari ni baru dapat pelan2 kosongkan meja.. :)
sepanjang laptop tak sihat ni, dapat la jugak khatam buku2 yang ada kat rak rumah aku ni..he he..kalau dak, laptop ni asyik ja dok memanggil2...
dah 29 april hari ni noh...cepatnya masa berlalu...
puas hati? menyesal? sedih? gembira? marah? letih? menangis? ketawa?
seadanya aku jalani hidup ini.. :)
Anyone who stops learning is old, whether at twenty or eighty. Anyone who keeps learning stays young.

-Henry Ford
Monday, April 18, 2011
cerita tak best
cerita tak best...
laptop tak sihat, di serang virus semalam..
entah bila nak sihat tak tau la..
jadi, selama tak sihat ni, tak dapat la nak melawat kawan-kawan bagi salam..
kalau sempat, waktu lunch saya melawat, jadi silent reader je ye..
take care my dear friends...
hu hu hu...saya pun jadi tak sihat jugak ni, sedih :) ...

Saturday, April 16, 2011
quote of the day
sometimes we need to stop analyzing the past .. stop planning the future .. stop trying to figure out precisely how we feel .. stop deciding with our mind what we want our heart to feel and sometimes we just have to go with "whatever..happens..happens"
- unknown
- unknown
Friday, April 15, 2011
Alhamdulillah...rezeki lagi
Alhamdulillah...petang tadi, rakan sekerja jamu kami satu department makan spaghetti fusion..sedappppp sangat...
aku cuma sempat ambik gambar makanan masa kat dalam periuk.. sebab lepas ambik gambar ni, aku jadi tukang serve, seperti jamuan2 sebelum ni... waktu makan, dah tak menyempat la nak snap gambar, terus masuk mulut...dok terliur waktu serve tu..he he

spaghetti halus..first time aku tengok dan makan..
ho ho ho...ini yang paling mahal...sedappppp!!..rasa tomyam...takde jual kat mana2 restoran ok, yg sedap macam ni..
kek vanilla
wangi dan sedap..
dah jemu makan kek coklat...
hari ni jugak birthday kak zaini...
Happy Birthday kak zaini
moga2 darah dah tak tinggi melampau2 eh..
kesimpulan: puas sungguh makan spaghetti hari ni..siap tapau lagi..
p/s: my dear colleague, validation kan kena buat 3 batch.. bila nak run untuk the next second & third batch? :P
p/s: my dear colleague, validation kan kena buat 3 batch.. bila nak run untuk the next second & third batch? :P
mee udang d'king
minggu lepas kan aku dilanda kemalasan nak update blog..konon2 back to basic; nak hidup tanpa internet la..he he he.. padahal sebenarnya aku sibuk memenuhi permintaan tekak aku ni... sabtu minggu lepas aku dengan housemate makan kat restoran d'king, keluar tol sp selatan boleh jumpa restoran ni..kawan2 nak makan tak mee udang ni? meh la sg. petani..
mee udang ni yang biasa, harga RM5, ada 7 ekor udang..
dua hari sebelum tu, aku mai sini jugak, makan mee udang sempoi, pinggan besar sikit, udang 10 ekor, harga RM7.50
nak ke? mai la...he he he
penuh pinggan la udang dia...sedap!! (aku ni makan apa pun sedap..)
tapi mee udang pulau sayak tetap di hati.. :)
nasi goreng kung pow..sedap gak..ni aku order hari tu...
dok teka2 dengan housemate, apa bahan2 yg depa guna utk masak ayam ni..macam la rajin sangat nak masak.. kebarangkalian aku singgah restoran ni waktu balik keja adalah lebih tinggi dari aku nak masak kat dapur rumah aku.. :P
jus tembikai
Alhamdulillah
suasana restoran..luas jugak..gambar2 kat bawah ni sebahagian dari kawasan restoran..
Thursday, April 14, 2011
agihan pertama AHB
agihan pendapatan pertama AHB;
2.17 sen seunit
akan dikreditkan pada akaun pemegang unit Isnin depan..
2.17 sen tu banyak ke sikit eh?
Wednesday, April 13, 2011
D.I.Y
hari ni bos tak ada..bos2 lain pun tak ada..semua ke kl..lusa baru balik.. hari ni hormon tak stabil, dari pagi2 lagi, malas nak ke kilang..abih satu hari ni, entah keja apa yang aku buat hari ni pun tak tau.. dok belek-belek planning tahun ni dengan current progress..huh, lagi rasa malas...huwaaaa...
balik keja, singgah parkson..terpaksa singgah walaupun aku takde nafsu nak shopping sekarang ni..singgah sebab nak beli benda2 kat bawah ni..
last week aku ada beli sesuatu tapi tak boleh berfungsi sepenuhnya..sebenarnya aku decide nak mintak tolong sesapa yg sudi nak caj aku..tapi, fikir2 balik, macam boleh usaha sendiri ni..kan dah banyak alat D.I.Y. ...
akhirnya, aku berjaya... :))
(nanti sambung next entry...tak larat buat karangan panjang2..he he)

pizza hujung minggu
lagi sesi diet hujung minggu lalu :P ...dengan adik & anak2 menakan..kalau nak makan pizza hut, tak best makan sorang2..kalau McD & kfc, sesuka hati la nak dok makan sorang2 kat restoran depa tu..
yang si kurus ni, makan sekeping ja pizza..
yang si debab ni, selamat dua keping bersama dengan side dish lain ..
puas minum mountain dew ni..
pizza udang tempura.. boleh tahan jugak la..
tapau untuk budak2 kat rumah, pakat2 dok ratah udang ja..
tak cukupla satu pan ja untuk 4 orang, jadi harus order jugak Hawaiian chicken satu pan..he he
Tuesday, April 12, 2011
roti cheese lagi...
lepas exercise pagi sabtu,
haruslah cari tempat best untuk sarapan...he he he..
mana lagi kalau tak ke hussein nasi kandar...
teh panas..
roti cheese lagi... :)
nampak tak 3 mangkuk kuah?
1 mangkuk untuk sekeping roti..
dan sepatutnya 4 mangkuk kuah..
bermaknakah istilah diet? huk huk
HIJAU ITU INDAH DAN PERMAI
hari sabtu hari tu, housemate ajak panjat bukit H.. dan pagi tu jugak, cuaca mengizinkan, jadi takde alasan nak duduk bawah selimut lagi pagi2 sabtu yang damai tu..he hehe.. maka kami pun menggigihkan diri pagi tu..ini kali kedua aku ke sini selepas kali pertama ... aku dah lama tak exercise ni, sangat tercungap lah waktu pendakian tu..peluh menitik-nitik..harap2 racun2 dalam badan ni pun ikut keluar sekali...
hijau tak entry aku kali ni? :))
hijau itu indah dan permai kan kak ina?
entry kali ni aku tujukan pada kak ina, antara blogger yang mula2 aku berkomunikasi dalam dunia blog ni dan sampai sekarang pun, aku masih suka bertandang ke blog kak ina...kak ina rajin singgah di seriastana.. tima kasih kak atas komen2 akak.. :))
kak, bila nak mai utara?

jangan tanya berapa ketinggian dari paras ni.. aku tak tau..tapi rasa tak mau naik dah pun ada.. :P
Gunung Jerai...bila2 nak ke sana pulak, tapi of coz naik keta untuk ke puncak..
suka tengok pokok sebatang tu...
nampak tak dari kejauhan itu? cuba teka apakah itu...
Pulau Mutiara
lanskap senduduk...natural tau..bukan org tanam...
indah bukan?
permai bukan?
laluan pulang kali ni, agak jauh tapi landai..
Monday, April 11, 2011
soalan feveret
sebelum ni, soalan feveret yang ditanya pada aku berbunyi macam ni;
bila nak kawen?
jawapan aku;
samada akan jawab belum ada jodoh atau hanya senyum..
dan sekarang ni, orang dah malas nak tanya soalan tu kat aku kot.. :P
dua tiga menjak ni, soalan yang kerap ditanya pada aku;
bila nak tukar keta?
jawapan aku...
sayang keta tu...lagipun tak perlu agih duit untuk ansuran bulanan..dan, ukur baju di badan sendiri..lagi di kejar kehendak, lagi tak pernah rasa cukup...

genap 10 tahun...
11 april 2001,
10 tahun yang lalu, tarikh yang aku selalu ingat.. hari pertama bergelar pekerja.. selepas seminggu lebih bergelar penganggur..
10 tahun..dah lama kan?..hu hu hu..
macam mana nak kena keja sampai umur persaraan ni?
teringat2 zaman muda2 dulu; belajar dari bawah, berguru dengan senior, kena marah dengan bos, tak tahan dengan environment keja, mula diberi tanggungjawab sedikit demi sedikit,..
5 1/2 tahun kat co. pertama, pastu aku move ke co. ke 2, iaitu co. sekarang ni.. so, co. sekarang ni dah nak genap 5 tahun la...sebab tu kadang2 ada perasaan nak berubah angin ke tempat lain... :P
actually co. ni pun banyak sangat tekanannya, tapi mungkin sebab faktor umur (yg dah semakin bertambah ni..) , aku mampu bertahan lagi di sini.. tak lupa jugak my dear colleagues sekarang ni yang very supportive.. special thanks to Azhar, Lalitha, K Zaini, Hassan..yang bersama2 mengharungi laluan2 berliku ni..yang hari2 buat meeting bersama waktu breakfast kat kantin..he hehe
selama aku bekerja ni, aku berkesempatan bekerja dengan 5 orang bos (direct report).. 3 expatriates (lelaki) dan 2 bos tempatan (perempuan)..
masing2 dengan cara dan karenah masing2..
jujur aku cerita, banyak sesi kutuk bos dari sesi appreciate bos..hu hu hu
kalau aku jadi bos?? agak2 orang bawah aku pun dok buat sesi ni jugak la kan..uhukks...
apa2 pun, 10 tahun ni adalah 10 tahun yang sangat banyak memberikan pengalaman hidup pada aku..baik dari segi kerja dan jugak bab peribadi (yang tak berapa indah..hu hu)...
ku doakan yang terbaik untuk hari-hari yang mendatang...

Sunday, April 10, 2011
Wednesday, April 6, 2011
ikan pekasam
demam2 ni, aku dok teringat ikan pekasam.. dok berangan nak makan dari petang tadi, kat tempat keja...
dan teringat jugak dalam fridge dah tak dak apa2 bahan nak berasapkan dapur..
entah dah berapa lama tak masak, dah tak ingat..
balik keja, singgah sat kat market, beli bahan sikit2,
balik rumah, housemate pun baru balik..
dia agak tertekan sikit..
sambil dok masak (macam la masak sangat pun :P),
sambil dok dengaq dia bercerita yang dia tak puas hati hari ni..
pastu, siap gak la menu hari ni;
nasi panas
ikan pekasam
telur dadar
kerabu nanas
sambal belacan
hasil; sehingga menjilat jari...
peluh meleleh, kebah demam..he hehe

Tuesday, April 5, 2011
aku mesti sihat
mengalami tanda2 untuk demam..
tekak tak selesa,
terasa berbahang ja dari kepala sampai ke kaki..
bukan masa untuk demam ye sekarang ni badan..
sila telan 500mg of paracetamol ya malam ni...
hu hu hu
Monday, April 4, 2011
successor
vocabulary for today;
successor
a person who succeeds another
minggu ni dan buat beberapa ketika lepas ni, aku kena hindari aura negatif... sebabnya? hari jumaat lepas, orang baru merangkap pembantu aku baru join.. so, tak boleh la nak merungut tak tentu pasal depan orang baru..kalau dia pun dok dengar2 ketidakpuasan ini, silap hari bulan aku kena cari orang lain..dah la nak cari calon untuk post ni dan dalam bidang ni, adalah sangat terhad.. ye ke?..berdasarkan pengalaman :P ...
so, lepas ni, kalau dok nak luah perasaan, cepat2 masuk bilik bos, bergossip..ha ha ha ha..
aku cepat2 nak ajar dia, cepat2 nak delegate kerja...so, nanti kalau nak bercuti-cuti, dah tak jadi masalah...ha haha..alasan yang mengada-ngada..
bila dah ada assistant ni, mudah-mudahan berjalan Gantt charts aku..dan yang paling penting mengurangkan stress aku, supaya aku tak cepat tua (padahal umur memang dah meningkat)... kalau nak assistant cepat pandai, orang yang mengajar tak boleh kedekut ilmu... Alhamdulillah, aku rasa aku ni takde la kedekut ilmu..cuma masa amat membataskan untuk aku share ilmu pada adik2 aku sekalian kat tempat keja ni (since most budak2 dept aku ni lebih muda dari aku .. hu hu)..
tapi kekadang tu, bila deal dengan orang yang kedekut ilmu, aku naik bosan.. kenapa nak kedekut ilmu, padahal lagi banyak ilmu yang belum kita ketahui... kalau kita bagi ilmu pada orang lain, kita digantikan dengan ilmu baru.. takde siapa yang rugi pun...

senyum
bila semua orang senyum
dunia tiada penyakit
senyum
dunia tiada penyakit
senyum
tak perlu kata apa-apa
senyum
tak perlu kata apa-apa
Sunday, April 3, 2011
ramainya yang sakit
hari ni teman mak pi hospital lagi, bersama dengan tiga orang lagi makcik.. nak melawat makcik yang sakit tulang tu.. dah sebulan dok kat hospital, hanya terlantar kat atas katil..semoga dia diberikan kekuatan dan semoga kembali sihat..
berdepan katil makcik tu, ada budak tingkatan satu, dok menangis kat doktor, mintak nak balik, tak mau dok wad..dia accident, patah kaki..
lepas tu, depa ajak pi tengok jiran sekampung kat wad 5..pakcik ni, ayah kawan baik aku masa sek rendah..dah seminggu gak dia kat hospital, pening dan tak bertenaga..
keadaan wad 5 tu tersangat la sesak aku rasa...boleh bertambah sakit ni..hu hu... 4 katil masing2 sebelah kiri dan kanan.. kat tengah, yang sepatutnya laluan tapi ada 2 katil ditempatkan di situ.. memang kalau tengok, macam tak ada laluan pun...
dan yang berada di atas katil, masing2 dengan wajah kesakitan yang tersendiri...
kesimpulan: hargailah nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah...

100 tahun?
TOKYO, Jepun - Seorang pakar nuklear memberi amaran pencemaran radiasi daripada loji nuklear Fukushima Daiichi akan berterusan kerana batang-batang bahan api nuklearnya mengambil masa hingga 100 tahun untuk sejuk, lapor sebuah akhbar semalam.
Bekas anggota dasar keselamatan nuklear Britain, Dr. John Price berkata, tempoh itu diperlukan sebelum batang-batang nuklear itu sejuk dan selamat untuk dipindahkan.
"Cara sekarang (untuk menyejukkan batang-batang nuklear tersebut) iaitu menyemburkan air ke dalam reaktor-reaktor itu kurang berkesan, kerana air kembali mengalir keluar akibat kebocoran dan menyebabkan pencemaran radiasi terus berlaku.
100 tahun untuk sejuk?
betapa teknologi canggih perlu dibayar dengan risiko yang amat tinggi...
antara cepat dan lambat, kita terdedah pada pencemaran radiasi...
tak terjangkau dek fikiran, apa yang bakal kita lalui...
Saturday, April 2, 2011
yang abadi
hati, bersyukurlah,
hati, bertenanglah,
hati, bersabarlah,
dunia hanya persinggahan,
bersedia untuk yang abadi,
mengharap untuk yang abadi,
berdoa untuk yang abadi...
hati, bertenanglah,
hati, bersabarlah,
dunia hanya persinggahan,
bersedia untuk yang abadi,
mengharap untuk yang abadi,
berdoa untuk yang abadi...
a reminder
"You can't expect to have what you want in another person's house, because you don't own the house. Similarly, you can't expect to have what you want in this world, because you don't own this world. So, be patient."
And Allah loves those who are patient (A'le-Imraan 3/146)
Alhamdulillah for everything...
selamat berhujung minggu...
masih dalam mood yang 'weng' entah macam mana...
tapi patut bersyukur sebab hari ni adalah hari cuti..ye dak?
apa yang dah terjadi hari ni?
hujan di pagi hari, menghabiskan sebuah novel sambil berselimut...
dan bersarapan pada pukul 1pm... he he he
kemalasan yang hanya sesuai untuk orang2 yang dah bekerja, bukan untuk para remaja ye... :P
setuju ke dengan pernyataan ni? ha haha
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU TEMAN-TEMAN... :)

Subscribe to:
Posts (Atom)