Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Monday, January 30, 2012

jangan tunjuk dengan jari



dah lama tak tengok pelangi
minggu lepas masa balik dari penang dan bukan aku yang memandu
maka, sempatlah merakam PELANGI...

kenapa Allah ciptakan pelangi?

Sunday, January 29, 2012

soalan yang tiada jawapan


majlis kahwin salah seorang dari teman serumah pada minggu lepas..




p/s: ada saranan jawapan tak untuk soalan 'bila nak kawen?'

;)


hargailah hujung minggu yang damai 
;)

selamat beristirehat ya teman-teman

Saturday, January 28, 2012

ramalan soalan

isnin & selasa depan

first time depa mai sini

strategi aku; nak senyum ja...

apa lagi yang boleh aku buat

 kalau salah pun terima, kalau kena marah pun terima, dan kalau kena tanya soalan pun, mintak2 otak aku ligat berfikir untuk suatu jawapan yang bernas...

dah ada spot question dah ni.. :P

moga2 tak bertambah lagi walau sebarang projek...

Amin

Friday, January 27, 2012

titisan jernih


kadang-kadang
perasaan ingin menangis datang
tanpa sebarang sebab yang jelas
jadi
biarkanlah
air mata
jatuh ke pipi
tanpa perlu rasa bersalah
pada diri

Thursday, January 26, 2012

Phuket III : Promthep Cape

lepas breakfast kat patong beach, kami menuju ke pemandangan indah..on the way nak ke sana tu lalu pantai2 ..memang sepanjang2 pantai kita akan nampak kerusi baring tu.. sampai kat pemandangan indah, seperti selalu akan ada orang ambik gambar kita dan lepas tu diorang akan buat frame utk jual ke kita.. tapi aku tak beli pun..kamera sendiri pun dah baca pic yang aku ambik..aku ada baca blog, depa kata best tengok sunset kat sini..tapi kami sampai tengahari.. cuaca pun cerah ja...anak2 menakan ni perangai baik sungguh la.. dapat berjalan la katakan :P ..ada kedai souvenir di sini, sesapa yang suka beli tshirt, kechain or fm bolehla beli kat sini..seperti biasa kena pandai tawar menawar.. :)


 kalau nak naik gajah ni, lebih kurang rm100 kot.. kami tak cuba pun.. port dia kat tepi jalan tu ja..dah la jalan tu berliku2, ditambah lagi dengan agak curam..confirm aku tak berani drive kat sini.. buatnya tetiba gajah ni dok nak lepak atas jalan, jenuh gelabah pegang stereng..


  pantai karon.. nampak tak kerusi pantai tu?


gambar2 kat bawah ni, sepanjang perjalanan ke pemandangan indah..







 dah sampai Promthep Cape





patung gajah yang pelbagai

 

Wednesday, January 25, 2012

nasib



takdirnya: masih hidup walaupun dah nampak macam mati...

takdir aku?

Tuesday, January 24, 2012

Phuket II : Patong Beach

beredar dari le khaokob cave, otw, tayar van pancit pulak; ada penunggang motosikal bagitau masa kami kat traffic light..kebetulan dekat dengan traffic light tu ada bengkel kereta...so, stop la sekejap kat situ..sampai phuket, terus dinner dalam pukul 9.15 malam..makan kat Saveena Halal Food..kenapa aku rasa masakan thai kat malaysia lagi sedap ntah? dah lapar, abih la jugak kan..sampai kat Aloha Hotel kul 10.45 malam...


 kat lobi


 bilik hotel .. RM 50 semalam.. berbaloi aku rasa



 orang2 thai ni berseni


 kawasan sekitar hotel







breakfast kat patong beach.. tapi dah lupa nama kedai ni..ala2 medan makan.. kat thailand ni kan..air masak dah tersedia satu jug kat atas meja..tak payah nak order2 macam kat malaysia.dah la kena caj mahal..bila agaknya pengusaha restoran kat malaysia nak jual air kosong free?

 
  pagi-pagi buta dah belasah air sejuk..janji tak buat perangai.. :P


 
  roti canai dengan telur..
 ada jugak menu lain..boleh pilih sama da nak goreng-goreng atau nasi campur.. kedai ni betul2 tepi pantai patong ni..


 orang siam sangat hormat pada raja depa.. 
mana2 tempat mesti ada gambar raja depa.. terutama kat sekolah..
ni kat pantai patong, ada karnival...


 pagi di pantai patong..
kesan tsunami? tak nampak pun..



 sepanjang2 pantai ada kerusi ni..


 star cruise nun di sana..whislist tahun depan lah..he he



 rezki di waktu pagi.. :)


 seawal pukul 9.30 pagi, depa dah siapkan untuk omputih berjemur... aku tak sempat nak jamu mata :P


 
walaupun hotel dok dekat2 sini ja..tapi tak sampai pun kat karnival ni.. kalau aku mai dengan kawan2, mungkin sampai gak kot..he he 



p/s: masa yang aku mention ni semua masa malaysia..

Sunday, January 22, 2012

Phuket I : Le Khaokob Cave

mempersembahkan; kisah phuket... 

kak aku ajak aku pi phuket, bercuti dengan suami dengan anak2 dia (lebih tepat lagi abang ipar aku la yang ajak dan kos ditanggung oleh dia..he he he)..confirm la aku tak mau lepaskan peluang..walaupun hari tu dah pi krabi, nak jugak aku ikut pi phuket ni..pandai2 la aku korek mana2 tabung :P

keluar rumah kul 7pagi, sampai kat trang kul 12 lebih..makan tengahari kat sini pastu dalam kul 2 kami gerak ke phuket.. kat trang ni ada lebih kurang kawasan rehat untuk perjalanan jauh ke phuket atau krabi..ada tempat makan, surau, nak beli jajan.. 

on the way ke phuket tu, driver ajak singgah  pi satu gua ni..tiba2 aku teringat, jiran aku dah pernah pesan, tak payah masuk la..kena naik sampan dengan tak ada life jaket..pastu sampai kena baring dalam sampan tu..dia suggest kalau pi dengan kawan2 pempuan ja, baik tak payah pi langsung tempat ni..tak brapa slamat..sekali abang ipar ajak naik jugak sampan alang2 dah sampai situ.. aku pun dok pikir, cuba ja la, dah sampai sini..

masa awal2 naik sampan tu, lalu kat sungai, macam ok gak perhatikan alam sekeliling ..masuk dalam gua, kena menunduk jugak la kepala..ok lagi.. pastu ada laluan pejalan kaki dan boleh tengok stalagtik and stalagmit.. sempat la ambik gambar tapi tergesa2 la depa dok suruh nak ikut laluan tu..

yang aku memang tak boleh lupa, part last.. aku ingat memang boleh terus keluar dari gua tu..tapi masa dok atas sampan nak keluar tu, kami disuruh baring.. tengok gambar sampan kat bawah ni dan bayang kan kami berempat plus dua pendayung sampan dok terlentang.. lepas tu laluan nak keluar tu cuma muat2 sebuah sampan tu sambil dinding gua di tepis oleh pendayung sampan tu untuk membolehkan sampan tu bergerak.. dan laluan tu bukan la laluan yang clear, ada pulak stalagtik dok tergantung2...mak ooiii.. Alhamdulillah aku masih boleh dok depan laptop ni..  

brapa kali ntah aku dok baca ayat kursi, zikir dan selawat banyak2..sampai keluaq dari gua tu la aku rasa.. rasa macam stalagtik tu nak kena muka aku ja..macam nak tahan2 ja sampan tu jangan bergerak dah tapi laju lak aku rasa dia tolak...ada jugak gaya aku nak menahan cepat pulak orang yg bawak tu dok bising2 tak bagi tahan.. dia tak tau aku dok kecut perut tengok stalagtik tu..dalam hati dok tanya bila nak abih ni, bila nak keluaq ni..sempat lagi hati dok terlintas; aku mai sini dapat gak rasa semua2 ni, daripada aku dok kat kilang menghadap revolusi yang berlaku secara tiba2, lagi tak best..dan lagi teringat pasai keja  :P... ya kali ni aku cuti dengan hati yang tak brapa tenang.. yang dok pi ingat pasai keja sangat ni, macam la toke tu kenai aku.. :P

nasib baik la aku terlupa buang jaket..kalau tak jenuh jersi putih aku.. ingat ya..kalau sapa2 nak pi situ, jangan pakai baju putih..

masa dah abih tu, dia mintak tips 200bath.. aku mintak duit kecik kat abg aku..tp dia kata sampan depan takdak sapa yg mintak pun.. mungkin depa tengok sampan yg kami naik ni cuma budak2 dan muda2, sebab tu dia berani mintak tips tu.. last skali, aku tak bayar pun, dia pun tak brani mintak lagi dah.. 

takpala, moga dia dapat rezki ikut lain pulak..takdak rezki tips dari aku..lupa plak nak bagitau nak masuk situ kena 120tb sorang...

waktu lalu lorong sempit tu, aku pelik gak..kak aku dengan anak2 dia dok kat mana, tak dengar bunyi budak2 menangis pun.. kalau aku pun dah gerun, budak2 tu confirm takut gak la kan.. naik atas aku tengok muka masing2 steady ja.. sorang pun tak teriak..mungkin takut sampai takut nak menangis..ha ha ha ha..

menakutkan tapi bila lagi dapat merasa pengalaman ni.. cuma tahap keselamatan kurang la..patut sekurang2nya depa kena sediakan life jaket..

entrance