bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Friday, September 30, 2011

hatyai: II



ohhh..berjaya jugak buat sambungan cerita ni... cerita sebelum ni ada kat sini




lepas jejak kaki kat hatyai junction, tercari2 mall.. pastu, nampak mall robinson,  tukar prepaid sana, intercity apa ntah.. rasanya rate murah sikit la compare guna celcom.. kat situ ingat nak cari money changer since duit cuma tinggai brapa bath saja, dah bayar duit tiket and prepaid..lepas ni kalau nak pi mana2, confirm nak tukar duit siap2..tak mau pisang berbuah dua kali ok..

lepas dah tukaq sim kad siam, next, mencari hotel..lapar belakang kira... dalam kepala dok mengingat hotel new season (macam bijak sangat la kan tak pegang map kat tangan).. dah la tadi nak sembang dengan awek jual kad tu pun bukan main lagi dok speaking...

hotel dah tempah online.. tunggu la aku jadi backpackers betui2, baru berani nak main redah... sekarang ni tak brani lagi la.. tapi macam murah gak rate hotel tu kalau compare dengan standard hotel kat malaysia...

menapak punya menapak sambil tengok kiri kanan sambil dok ingat makcik tu kata siang tadi.. siang tadi macam berani tapi bila situasi dah gelap, mulut terkumat kamit baca apa yang boleh dibaca..kepala ligat gak la proses antara takut, antara lapar, antara kagum dengan diri sendiri..ha ha ha (sorry..over sikit di sini).. jejak kaki kat tempat orang kan..

alhamdulillah bila dah nampak hotel.. pastu check in terus cari tempat makan.. tadi dah aim dah restoran hamid, tepi jalan on the way ke hotel tu... gigih tau berjalan dari stesen ketapi ke hotel..tak berani nak naik tuk tuk lagi walaupun banyak kali driver2 tu offer.. on the way ke hotel tu dah nampak money changer dan kedai urut bersepah2.. 7e pun berlambak.. lega sikit..

makan kat restoran hamid..tak tau sebab sedap ka or sebab lapaq sangat ka..jadi aku rasa sedap la makanan tu, tapi macam harga agak mahal.. restoran ni kul 9 or 9.30 malam dah nak tutup..




mata dah merah..kami antara yang tinggai masa depa nak tutup kedai ni dah...
pusing kiri pusing kanan, semua orang malaysia rasanya..


order jus epal
selamba tak tengok harga
ambik hang..
takpa la, niat sedekah :P


nasi goreng ayam kot..dah lupa..


sotong celup tepung..actually aku nak style yang satu lagi tu..tapi hat ni jugak yang dijualnya..ingat boleh la makan sotong celup tepung crispy yg sedap kat hatyai ni..


lepas makan, baru ada tenaga nak jalan2..survey apa2 yang patut

kat kerusi2 tu, gerai makan halal gak....


teh ais..asyik belasah teh ais ja kat sana..memang sedap la..sebelum pi dok baca blog2 orang yang pi hatyai cakap teh ais depa sana sedap.. tengok tangkai plastik utuk pegang cawan tu..kat malaysia aku tak jumpa lagi..


masa ni dah pukul 12 lebih kot...
hishh tak reti2 balik tidoq (aku tak habaq kat mak aku pasai ni :P)...


ramai betul umat ambik supper..meriah..


start jamu mata..

jersi banyak..colour cantik2.. rambang mata ..

memandangkan anda adalah pelancong..kena pandai tawar menawar ok...


pulut mangga, nak beli pulut durian, tak leh bawa masuk hotel....


see, toleh kiri kanan orang malaysia...


member beli kopi + teh ais, takleh lena dia malam tu...


ramai weh umat tengah2 malam ni... pasar malam kat Sanehanurson Road


tuk tuk..
tak sempat naik pun..menapak ja kejanya..


dari dawai boleh buat benda lah tu..kreatifnya, rajinnya..




pastu, balik hotel, mandi dan zzzzzzz dengan nyenyaknya... 





bertemu lagi ya kalau kuat semangat nak update... 
InsyaAllah

Thursday, September 29, 2011

single







sumber: wall fb

70 tahun

Pekerja swasta boleh kerja hingga 70 tahun jika 'layak'...
berita lanjut


Cita-cita aku nak bersara umur 40 tahun...
nak kena plan langkah berjimat cermat (InsyaAllah kalau panjang umur)


Wednesday, September 28, 2011

sapu butter

kecewa 
perasaan kat tempat keja tadi,
hhhmmmmmmmmm,
patutnya dah sampai rumah tak payah la dok ingat pasai keja,
buat tambah tekanan darah ja,
tapi tu lah, waktu kat tempat keja, tak leh la nak buat entry,
jadinya balik keja baru la sempat nak luah apa yang terbuku di hati...

 
norh, daripada dok kecewa pasai keja, lagi baik la kalau hang kecewa pasai cinta ka..
kot2 la ada orang nak ngorat hang, pastu ajak kawen,
pastu hang mintak la suami tanggung,
dok rumah,
tak payah keja..

biasa la..jiwa kacau
tadi siang, minta nak tukaq cuti,
bos macam tak mau bagi ja,
nak pikiaq dulu..


hang tak jek lebih2 kot?

nak jek tara mana lagi?
tak larat nak jadi rajin dah aih.. 
setakat nak cuti 3 hari tu, apa la salahnya..
kalau nak dibandingkan dengan nak cuti sebulan lebih tu...


tu la hang, lain kali kalau discuss, jangan la hang dok buat muka lebih2..

abih, kalau dah tak suka, takkan nak buat muka sengih2 pulak.. 


lain kali hang belajaq la kontrol diri..  

ok, esok pi keja, niat nak diam.. 


diam la sangat... :P



hatyai: I

entry ni sepatutnya entry july tapi asyik la tertangguh-tangguh.. pastu aku post dulu gambar  floating market.. gambar yang takde caption.. sekarang ni tengah ambik mood nak share gambar2 kat sana..

share memori, ala-ala terlupa dan lambat sikit nak recall..
aku jeles betul dgn blogger2 traveller yang boleh catat dengan detail pengalaman diorang ke satu-satu tempat tu...

k, ikutilah kisah ku yang antara ingat dengan tak ingat ni.. 

tiket ketapi..

bila nak buat entry pasal ni, nak tergelak aku..
nak tau pasai pa?
sebenarnya aku dgn member ketinggalan keretapi pagi, senandung langkawi..

alkisahnya, aku minta member ambik aku since abang member nak hantar dia..so, aku dengan penuh semangat bangun, siap dikejutkan oleh teman serumah dengan deringan hp..dah bersiap, aku siap2 tunggu depan rumah..alih2 dia tak mai sampai pukul 6 dah..walhal tren pukul 5.45 pagi..

tadaaa..terlepas la pulak..member bagi cadangan kejar train..he he he..
walaupun tren tu nampak ja macam perlahan, tapi kami rasa takleh kejar jugak la ..bila check masa dia sampai kat satu2 stesyen tu, jauh sangat kalau kami nak ligan..then , pegi cari kot2 ada bas yg ke hatyai..cuma ada van ..tapi tak brapa confident, takut gak la..dah kami berdua ja nak pi..then, kami ke kaunter ktm, nak tanya kot2 ada tren petang ke sana...

alhamdulillah, rupanya ada..tapi bukan tren ktm, tren bangkok.. tak kisah la, janji dapat sampai hatyai..
dalam hati, terasa jugak, alamat buruk ke kalau tertinggal ketapi mcm ni..mungkin ke lebih baik dibatalkan terus?..
tapi nekad, perjalanan tetap nak diteruskan...

waktu tunggu kat stesen ketapi, 
ada la sorang kakak tu menyapa kami,
tanya nak pi mana..
bila kami jawab nak pi hatyai, ada ka dia boleh dok pi buat ayat,
"siam potong kepala tu..berani la dok pi sana"
aku dengan member dah muka lain dah tapi kontrol la depan dia..ada ka dok boleh pi buat ayat lagu tu kat kami, kot ya pun dia dok dengaq cerita lagu tu..
dah la aku baru2 belajaq nak pi tengok dunia orang,
jangan la buat patah semangat aku ni..

kami dok buat spekulasi sendiri..
ni bezanya antara kita dan orang yang tak mau open minded..
kalau kata tak pi mana2 pun, jangan la dok bagi kami takut..

aku dengan member dua-dua orang first time plak tu nak naik ketapi setelah sekian lama.. macam aku, masa darjah berapa ntah aku pernah naik, tu pun sat saja, aku tak brapa ingat dah..
lama2 besaq ni, mana pernah aku naik ketapi..

bila ketapi sampai, macam jakun betul aku ni..
kami naik tren bangkok, 
coach macam kat bawah ni ya
free seat
ikut suka nak dok mana asal kosong..
ramai mat saleh waktu kami naik tu..
kebanyakan depa terus pi bangkok sebab depa tak turun kat hatyai..






masa sampai kat padang besaq, kena stamp pasport
masa ni agak gabra la jugak..
mana daknya, tiket kami bayaq sampai padang besaq ja,
pastu kena bayaq sekali lagi kat kaunter tiket depa..
gerun weh masa ni,
dah la gelap dah, pastu alih2 cuma tinggai aku dgn member ja yang tak beli tiket lagi..
orang2 kat dalam kaunter tu buat aku tambah seriau..
sebelum kami sampai kat kaunter tu, ada sorang siam malaysia dgn kawan dia, budak indon..
dok nak beli tiket gak..
mana dok teringat kot2 tren tu akan tinggai kami..

pastu berjaya masuk balik dalam tren..he he
dok dekat dengan budak siam & indon tu..
ramah gak depa
sembang macam2 gak la..kawan indon dia nak mai jadi sami kat thailand tu..
waktu staff tren nak serve makanan, depa pulun la order sebab tak makan sebelum naik tren tu..,
padahal depa tak serve untuk sesapa yang turun di hatyai..
dok bising2 lapar, aku pun bagi la bun gardenia tu ke depa dua org..kesian tengok, makan dengan penuh semangat..

jelapang padi

sampai ja kat hatyai junction, gelap, cuak jugak..kami ikut ja la budak berdua tu..dah kata nak jadi sami, mesti lelaki baik2 ja kan..depa apa lagi, cari tempat nak makan la..aku dgn member pulak, cuma ingat nak tukaq duit thai la..padan muka, tak gatai nak tukaq awai2 banyak2..kan dah gelabah..




k..sampai sini dulu..
bersambung...

Tuesday, September 27, 2011

lewat

semalam
untuk pertama kalinya
aku lewat masuk keja
penyebab?
traffic jam
(alasan ni adalah relevan pada ku sebab aku bukan orang bandar)

dari kampung nak ke kilang
ada lah lebih kurang 6 buah sekolah yang aku kena tempuh

apa kaitan traffic jam dgn sekolah?

oh, aku terlupa tambah satu situasi
pagi semalam hujan lebat

budak2 average sampai sekolah pukul 7.15am
kalau kat depan rumah mak aku,
masa tu la aku dok berebut jalan dengan budak sekolah
(depan rumah aku sekolah)

orang2 sekarang kan dah bertambah kemampuan
(Alhamdulillah negara makmur)
hantar anak ke sekolah naik kereta
masing2 nak hantar anak2 sampai depan pintu pagar walaupun jalan nak masuk sekolah tu muat sebiji keta ja..

dulu
aku pegi sekolah berjalan kaki ja
arwah bapak
cuma ada basikal tua
dia ada lesen basikal ja..
(serius, lesen tu ada gambar tuan punya lesen, cover macam pasport tu tapi saiz kecik ja la)
dengan basikal tu la dia cari rezki
besarkan aku,
sekolahkan aku
tak berangan la aku nak naik keta...







kesimpulan: rekod aku dah tercalar..hu hu hu

Monday, September 26, 2011

Sunday, September 25, 2011

ingat 5 perkara

tadi pagi pi klinik dr. quak 
ramai sungguh orang
nak ambik ubat untuk mak, sakit perut
walaupun klinik ni dah lama tapi orang punya la ramai
sampai kena berdiri
aku yang tak sakit ni, ok la berdiri
orang sakit, agaknya bertambah sakit ke tak

sebelum pi klinik
mak aku dok update, jiran2 yang sakit kat kampung ni
lepas tu dok cerita baru ni melawat jiran yang kena barah tulang
pengalaman dia dok kena buat kemo

teringat dulu waktu kecik2 masa zaman sekolah rendah
ustazah ajaq; ingat 5 perkara,

sihat sebelum sakit
kaya sebelum miskin
muda sebelum tua
hidup sebelum mati
lapang sebelum sempit

ilmu yang dapat waktu dulu2, memang untuk diguna sepanjang hidup...

Saturday, September 24, 2011

budi ku dibalas



hasil titik peluh,
daun pandan, daun kari (mak aku kata karapoley), bunga kantan,
nak bawak balik kampung,
untuk mak..

he he he,
terbalik noh,
patutnya hasil tanaman ni dari kampung,
bawak ke taman..

tapi takpa,
aku bawak balik ke taman nanti,
finished product...
:))

Friday, September 23, 2011

layan



hari terakhir bekerja dalam satu minggu
selalunya akan terasa letih yang teramat
rasa macam dah abih tenaga langsung
masa ni lah baru boleh layan rasa letih badan dan otak tu
baru boleh bermalas-malasan
hari-hari biasa kalau dilayan kehendak badan ni
mahunya diri bertambah tertekan nak start kereta pagi2...
motif cerita?
nak buat pengakuan ikhlas; weekdays aku rajin, weekend aku malas
:p

...



source

Thursday, September 22, 2011

pening

aku dah apply cuti dan dah dapat approval pun,
tapi tadi dengar teambuilding & dinner yang depa postponed hari tu, depa nak buat weekend yang aku cuti tu..

attendance is compulsary k,
tapi, takdak salah la kalau aku tak attend kan..

tapi aku adalah salah sorang team leader..ha ha ha ha
macam mana ni?

nak tunda cuti, dah macam takdak hari lain dah..
ada lagi 5 hari yang kena habiskan sebelum abih tahun..
lagipun semangat dah berkobar2 untuk bercuti ni..

since bos aku akan on leave lama,
so, confirm la tak leh ambik cuti waktu tu dah..
Disember, MOH audit..

huwaaaaa..

apasal tiba2 hal ni masuk dalam list untuk dipikir ni?

esok, nak pi tanya HR, 
dapat warning letter tak kalau tak attend teambuilding tu.. :P

:)


source

Wednesday, September 21, 2011

8 to 6

#1
 
terngiang-ngiang pulak...

what you give,

you get back...


#2

oh, dah tiba2 semua tinggalkan aku sehari, tau pulak nak kesiankan aku hari ni... :P



Wordless Wednesday

Tuesday, September 20, 2011

bukan selasa yang indah jugak

 source



mode 1: 
bad mood sepanjang hari kat kilang;

mode 2:
malas nak melangkah masuk ofis esok pagi..

mode 3:
hati dok mengungkit..

fantasi




berangan nak dok alam fantasi...



*entry yang pelik2 macam ni menandakan emosi adalah tidak stabil

bukan isnin yang indah

dah tengah malam..
masih tak tido lagi..
tadi menyembang kat rumah jiran sebelah,
dijamu kopi..
first time ni melepak rumah jiran setaman selain dari menghadiri majlis.. :P
actually nak bayar duit untuk jalan2,
dan waktu menyembang tu, tercetus la pulak satu lagi trip untuk tahun depan.. :))

bila cerita pasal trip ni, terubat sikit stress kat tempat keja tadi..
susah betul jadi orang dewasa ni..
hari ni ramai yang buat aku tertekan..
dah la tak cukup dengan keja yang memang dah sedia banyak atas meja tu, tambah pulak la dengan isu2 baru..
kot ya pun nak buat masalah baru, tunggu la aku clear and justify dulu mana2 yang patut.. 
larat ke kalau aku jugak yang nak kena follow semua benda in details..
masing2 punya subject, sendiri jaga dan bertanggungjawab la..
dan kalau tak mau jaga, jangan la nak menyalahkan orang lain dan suggest sesuatu yang lebih tak betul..
dan yang aku geram, finally aku gak yang kena..

bukan isnin yang indah.. hu hu


Monday, September 19, 2011

happy monday



source

Sunday, September 18, 2011

soalnya




semalam sesi makan2 dan melawat sedara...

makan2 sampai kenyang, tapi sebetulnya, air yang banyak masuk, sebab cuaca panas.. 

waktu kat rumah sedara,

sembang2, sampai ke satu soalan feveret untuk aku,

"kawen dak lagi ni?"..

bagi aku, kalau ditanya depan aku sorang, 

aku tak rasa apa dah kot untuk waktu ni..

lain la soalan2 ni ditanya 3 or 4 tahun yang lepas,

sangat menyiksakan.. 

lately, fokus aku dah ke lain..

malas nak fikir soalan yang aku tak ada jawapan ni..

sebab,

banyak sebabnya..

banyak pengalaman yang dah aku tempuh selama 3 ke empat tahun yang lalu..

tapi aku kesian ke mak aku..

kesian kalau orang tanya soalan pasai aku ni ke dia..

aku pulak yang jadi sebak...

biaq aku sorang yang tanggung, 

mohon Allah buang jauh2 sedih mak aku..

dan semalam buka facebook,

ada member post kat wall dia;







Kenapa lambat kahwin? - Kerana Allah tahu masa yang terbaik untuk ku.

Dah Berpunya? - Ya.. Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing2.

Siapa?? - Nanti Allah akan perkenalkan...

Bila?? - Bila jodoh dah sampai.. InsyaAllah jemput datang ke walimatulurus ku nanti..

Janganlah selalu bertanya bila org tu nak kahwin..Kerana semua rahsia dia,terletak di tangan Allah.. sampai masa Allah akan membongkarkannya..InsyaAllah... :)

Saturday, September 17, 2011

saturday



sumber

Friday, September 16, 2011

di fikiran

sedang berfikir berkenaan yang di bawah...


hujan batu

HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA

Semoga bertambah aman dan makmur tanah tumpah darahku..
hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri..
 
nak jugak berangan dapat tengok hujan emas di negara orang.. tahun depan kena bersungguh lagi himpun duit ni.. :)

hujan batu di negara sendiri?..
tadi ada hujan batu kat rumah sendiri.. :P

upah tukang kebun bersihkan halaman rumah yang dah naik belukar..hu hu hu
akhirnya, baru nampak rupa rumah..

terlupa actually sengaja tak mau ambik gambaq sebelum nak snap gambaq sebelum..kalau rajin, ada la gambaq selepas halaman bersih ..

terasa bahagia bila bukak tingkap dan nampak halaman yang dah bersih..

Wednesday, September 14, 2011

award

walaupun aku selalu dok hingaq-hingaq kat blog ni pasai keja, sampai jugak cert ni kat aku hari ni... :P

 

actually takdak la tunggu cert tu sangat pun...aku cuma tunggu kertas yang tulih 'Deutsche Bank' ni ja...he he he

WW

Tuesday, September 13, 2011

hatyai: floating market

layan gambar ja lah,
memori julai yang lalu...