hari terakhir di dekad pertama untuk millenium ni..dah terimbas ke apa yang berlaku sepanjang bulan lepas? sepanjang tahun ni? sepanjang tahun lepas, sepanjang 10 tahun lepas?
untuk aku, dekad pertama di millenium ni, aku bertukar status dari pelajar menjadi seorang pekerja..start keja 2001..so, dah 10 tahun aku tempuh alam pekerjaan ni..dan banyak lagi pengalaman pahit manis kehidupan peribadi aku..banyak keputusan2 yang telah dibuat..ada suka..ada duka..namun aku masih tak pasti, aku telah cukup matang atau belum untuk menghadapi dunia yang serba mencabar ini..
peredaran zaman memperlihatkan perubahan; aku kira dari semua segi..aku jua berubah mengharungi masa..InsyaAllah kalau dipanjangkan umur, sedaya upaya akan ku harungi kehidupan dunia ini dengan penuh azam melakukan yang terbaik..
Doa dah pasrahku kepadaNya, semoga yang terbaik menjadi milikku...
Friday, December 31, 2010
table calendar
kawan-kawan,
berapa ramai yang dah dapat table calendar? aku? dukacitanya dimaklumkan untuk tahun 2011, department aku ketandusan table calendar.. nak plan AL pun, kena share satu kalendar kuda..hu hu hu
cuma waktu aku pi tesco hari tu, beli beras cap rambutan..aku dapat la calendar ni..
dah terbiasa ada table calendar ni, rasa tak lengkap pulak kalau tak ada..senang untuk conteng di atas tu hari2 yang perlu dirai(??), diambil perhatian, meeting, presentation, audit, deadline dan sebagainya...
kenapa tahun ni table calendar dah kurang ye??
berapa ramai yang dah dapat table calendar? aku? dukacitanya dimaklumkan untuk tahun 2011, department aku ketandusan table calendar.. nak plan AL pun, kena share satu kalendar kuda..hu hu hu
cuma waktu aku pi tesco hari tu, beli beras cap rambutan..aku dapat la calendar ni..
kenapa tahun ni table calendar dah kurang ye??
Thursday, December 30, 2010
boss oh boss
today..went home with a big smile.. guess what? bonus? tomorrow is holiday? promotion?
hiks hiksss...
actually no bonus, no holiday..and not yet promotion news..
me, laughing at my boss..
so funny of you la my dear boss..he he he
just before 6pm, she sent an email that required me to stayback..
and..
she grumbled to my best colleague..
"norh tak jumpa i hari ni"...
ha ha ha
boss, me awaiting since afternoon for your reaction..
of my kind intention today; not to disturb you at the year end hash..
i know finally you will express that statement..
don't worry boss, tomorrow i'll be in your office till you expel...
p/s: she didn't call me norh.. :P

esok tak cuti tapi...
on the way ke tempat keja pagi tadi, baru ku dengar hot fm habaq esok cuti; Pm isytihar cuti umum sempena kemenangan Malaysia..mula2 excited tapi memikirkan aku ni pekerja swasta, seperti bermimipi la kalau esok cuti kan..nak pulak disember belum abis..makna kata keja 2010 pun tak leh abih lagi..
sampai kat kilang, colleague semua dok bising2 samada esok cuti ke dak..finally HR inform, esok tak cuti tapi tambah AL tahun depan satu hari..me, happy dapat jugak cuti percuma.. :)
Luv u all lah HARIMAU MALAYA.., hadiahkan cuti untuk rakyat malaysia..tima kasih jugak pada PM..he he he..
mendengar lagu2 1MALAYSIA kat hot fm, terasa hati tersentuh..
MALAYSIA tanah tumpah darahku...
aku bangga menjadi anak MALAYSIA..

Wednesday, December 29, 2010
Piala Suzuki AFF
Tahniah pasukan Malaysia...
malam ni layan bola walaupun ku bukan suka bola sangat pun...
MALAYSIA BOLEH
malam ni layan bola walaupun ku bukan suka bola sangat pun...
MALAYSIA BOLEH
ole-ole dari sabah
ole-ole dari sabah,
kakak ipar ke sana minggu lepas dan ini untuk saya :))
lovely brooch
fridge magnet
Tuesday, December 28, 2010
mimpi & realiti
sebelah pagi tadi, aku hadir ke tempat kerja dengan keadaan aku yang sangat tak fresh..tido lambat pada malam sebelumnya dan ditambah pulak dengan mimpi ngeri pasal kerja...
oohhh!!!! sangat tak best apabila mimpi yang sepatutnya indah, diganggu oleh orang2 yang aku selalu bergaduh..kenapa anda semua hadir dalam mimpiku?.. mimpi tu buat aku rasa stress dan penat sangat..entah berapa jauh roh aku mengembara...minum 2 mug nescafe pun belum buat aku pulih sepenuhnya...
dan sebenarnya...mimpi itu bertukar menjadi realiti namun plotnya berlainan...*sigh*.....

gulai kijang & roti kentang
lagi pasal makanan... :)
balik kampung hari sabtu tu, dah agak lewat..aku dok ralit baca suratkhabar, tengok tv..ntah pukul brapa, 11 malam kot..aku baru pi tengok apa yang ada kat dapuq..buka periuk, wah!! gulai..teringat potato bread yang aku beli kat tesco petang tu..apa lagi, mana boleh tahan dengan gulai mak aku ni..
makan gulai tu, daging dia rasa macam tak macam biasa..mungkin mak aku campuq dengan hati kot..
pastu adik aku tanya.. 'hang tau dak hang makan apa?'
baru aku ingat, rasa2 balik..ni bukan daging lembu nih..
pastu dia bagitau..daging kijang la...
oohhhh, macam ni rupanya daging kijang...yang aku tau mak aku buat gulai daging dan aku tak boleh kalau tak melantak, tak kira la daging apa pun...
tekstur daging kijang lebih halus..rasa? tak dak beza sangat pun aku rasa antara dia dengan lembu..
resepi, jangan tanya..aku memang tak reti masak pun..tapi aku suka makan...
hu hu hu
gulai
roti kentang

bertemu lagi hari baru...Alhamdulillah
dah sarapan semua?
menu apa?
adakah seperti di bawah ni?
Portugese tart..beli kat King's..
suka betul aku mengambik gambar makanan sekarang ni...untuk de'stress'??? hmmmm..mungkin..
tapi tu bukan breakfast aku pagi ni..hari ni aku bawa bekal nasi putih dengan ayam goreng & sambal tumis tauhu..
Alhamdulillah
Monday, December 27, 2010
i'm loving it
aku suka hari ni..
pagi2 mai keja, teman dah letak coklat ni atas meja aku..dia baru balik dari langkawi... :)
coklat ni feveret i la...
sapa pernah makan? sedap kan!!!
Daim tu aku pesan..yang lagi dua tu kengkawan bagi..
pastu hari ni ada jugak teman ofis bawa mai sample kek coklat moist..
sedappp, tak sempat snap dah selamat masuk mulut..
ni first time aku cuba beli kat tesco baru ni..sedap jugak..
yang ni memang wajib ada.. abih ja, aku tambah..
kalau bosan perisa ni, aku ambik yang dalam tu orange..dak pun black forest...
kesimpulan: I AM CHOCOLATE LOVER :))
no record means work is not done
isnin..27/12/2010
apa khabar hari ni?
aku? hari yang tak ribut..he he he
..walaupun hujung bulan atau lebih tepat lagi hujung tahun, tapi semuanya nampak terurus.. :)
mungkin sebab aku sendiri nak start berfikiran positif..semua masalah dapat diselesaikan dan tak namanya hidup kalau tak ada masalah...kan!!!
hari ni aku bagi training kat anak buah; pasal microassay..huh, dah berapa lama aku tak buat microbiological test..rindu pulak..tapi aku suka bagi training, terasa puas bila dapat berkongsi ilmu dengan orang lain..waktu training tadi, aku punggah validation report lama, tahun 2007... nak tergelak pun ada..tulisan aku memang dah beza, dulu2 tulisan huruf kecik2 semua dan teratur kemas...sekarang ni, jangan harap la..dah nak rupa cakar ayam..
isi kandungan report tu? bila baca bersungguh balik, baru la dapat recall apa yang aku dah buat tahun 2007 tu..memang tak boleh ingat details la.. that's why everything are to be recorded..no record means work is not done (one of the GMP rule)...

Sunday, December 26, 2010
hujung mingguku...
ho ho ho..weekend is over..terasa macam nak mengeluh tapi "tak mau, tak mau"..kata akal pada hati..hujung minggu dah relax sekejap, tiba masa untuk keja balik la kan..penuh jugak hujung minggu ni, start dengan bbq, pastu sehari aku shopping kat central square & tesco..ni baru beli belah di supermarket kat utara..kalau aku dok kl, macam mana nasib duit aku ni.. :P ..patut pun hari ni terasa kaki sengal2, penangan exercise kat shopping complex semalam.. almaklumla, aku ni kalau nak beli barang kena belek2 dulu..hatta barang keperluan sekalipun..kalau barang kehendak tu lagi la, ditambah dengan masa untuk timbang balas dari otak..he he he..
lagi? apa yang aku buat weekend ni? attend wedding zainol, rakan kat tempat kerja..sebelah petang pulak, anak2 menakan ajak pi pantai kuala muda..aku sempat merakam pantai kuala muda tanggal 26 disember 2010, setelah 6 tahun dilanda tsunami...

BBQ
Alhamdulillah..jumaat malam hari tu aku selamat ikut housemate pi BBQ yang company dia buat.. segan jugak mulanya..nasib baik aku kenal baik dengan kak wan, wife abg yazid, pekerja kat company tu jugak.. so, ada jugak kawan aku nak sembang.. housemate aku pun kata segan, sebab dia first time join gathering ni, baru masuk keja la katakan...
tapi ok la, depa mengalu-alukan tetamu walaupun aku ni menumpang ja.semua staff very friendly..siap dok mengusik2 lagi..
aku pun menyembang dengan kak wan; dok compare company kami dengan company housemate aku..jauh panggang dari api...hu hu..
adakah kerana bilangan pekerja depa yang sedikit merupakan faktor depa boleh buat aktiviti2 yang seumpamanya?.. tapi company yang ramai pekerja mesti ada HR yang bagus kan..tapi baguskah kalau ada suara2 tak puas hati dari kebanyakan pekerja2nya?.. tepuk dada, tanya selera...
apa2 pun, terpaksa la terima jugak baik buruk company aku, dah status sekarang masih nak mencari rezki di situ, belum berfikir lanjut untuk bertukar tempat kerja...jadi, terimalah seadanya....

Saturday, December 25, 2010
the driver
It was yesterday...while coming back from work..as usual, i drove through the daily route..at the junction just nearby my house, my eyes spot to someone's car.. the car is very familiar to me..and the driver ( someone whom i really know :( ..) .. why am i destined to meet him; questioned myself... i wish not, in any occasion.. but actually he didnt' look at me..
right after i reached home..he gave me a call.., after how long he didn't call and me not updated about him.. me actually confused to answer the call..lastly, decided to answer.. then, just chit-chat with him for a while..did ask him whether he saw me..he said, nope..
me wondering...why should he called just a few minutes after i met him.. what is actually the fate between us???

reaksi badan
dari hari khamis malam lagi, aku rasa sakit kepala..dah lama tak sakit ni..aku takut sesekali sakit, teruk bukan main lagi..terpaksa bertahan sebab banyak kerja hari jumaat..Aku minum air masak banyak2..berkira2 nak telan ubat..dah beli tapi sampai ke petang..aku tetap bertahan..lagipun kerja banyak, otak kurang berpikir pasal sakit..kesian kat badan aku ni ye..tak mengapa, bertahan dengan sistem pertahanan diri adalah lebih baik dari bergantung pada ubat..ye tak?
kenapa tiba2 sakit kepala ni? antara sebab yang aku agak adalah;
1. stress; banyak keja hujung2 tahun ni..
2. cuaca tak menentu..panas terik, tiba2 hujan sampai ke malam..panas yang macam ni memang tersangat panas..
3. makan suka2 hati ja..tak tentu masa..angin satu badan, naik ke kepala..
apa2pun, aku kena pesan pada diri, tak boleh sakit semalam sebab housemate ajak pegi barbeque anjuran colleague dia..walaupun segan, tapi join jugaklah..rezeki jangan ditolak.. :)

Thursday, December 23, 2010
segalanya ku terima
adakah daku gembira? kekadang ya, dan kekadang tidak...mungkin nampak gembira tapi sesetengah perkara tak perlu dikongsi...takdir antara insan adalah berbeza..suka kah aku dengan takdirku..sampai ke saat ini, aku pasrah.. dan Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya ini..cuma ku memohon dapat mengharungi segala ujian dengan sebaik mungkin dan cuma mengharapkan keredhaan dari Allah..ku amat bersyukur dengan segala nikmat dari Dia walaupun ada harapanku yang belum dimakbulkan..dan kutahu itu bukan urusanku..dan sebagai hamba, jika ini takdirku, segalanya kuterima...
Allah knows best
♥
Allah knows best what's in your heart and what you're made of,
so if there are people in your life who; no matter how hard you try;
have a warped perception of who you are,
or they just simply don't care to know YOU-
then that's ok-
you wanna know why?
Because Allah knows best who you are -
and your return is to Allah
♥
Alhamdulillah for everything
Wednesday, December 22, 2010
budget 2011
nak buat apa ya malam ni?
tengok tv, surf net, dah abihkan energy untuk treasure isle..
lagi???
oooo terlupa..tadi masa kat tempat keja, dok berkira2 nak buat bajet untuk tahun depan..ya ya je la nak buat annual bajet..padahal tak pernah ikut pun...tapi tahun ni aku betul2 berazam nak follow planned bajet ni...tak de la duit tu hilang tak nampak bayang..kerja separuh nak pengsan tapi hasilnya tak tau pi mana...ok, nak bajet untuk apa ni?
1. rumah?
2. saving?
3. bercuti?
4. kereta?
2. saving?
3. bercuti?
4. kereta?
5. hutang2
6. buku/majalah?
7. baju/tudung/kasut/beg
8. kesihatan?
9. deko rumah?
10. deko garden?
ho ho ho ho...
sangat banyak item dalam list..macam mana ni? :P
believer vs hypocrite
"The believer speaks little, but does much. And the hypocrite talks a lot, but does little. The believer's speech is wisdom, his silence is contemplation, his gaze is pondering, his actions are righteous. So if this is your state, you shall perpetually be in worship." - Fudayl bin Iyyad
Alhamdulillah
Take one deep breath right now. That breath you just took is only from the Mercy of Allah (SWT). Did you thank Allah for that breath? You can say "Alhamdulillah" (All praise is due to Allah)...
-Alhamdulillah for everything-
Tuesday, December 21, 2010
email & EL
cuti ka hari ni? tak nampak batang hidung pun..
(email dari bos aku)..
nak tau aku jawap pa?
aku reply; EL (he he he)
dia tau aku mai tapi saja ja nak sakat aku sebab tak pi bergossip dgn dia (gossip pasal keja ja nah, bukan benda2 lain)..
ni situasi semalam..dan aku purposely tak mau pi bilik dia sebab aku ada satu task yang tak abih2 lagi..ntah sejak bila aku start buat ni..dan aku berazam akan submit by this week..
p/s: kalau2 bos baca; saya terpaksa bos, as per ur instruction jugak..ngeh ngeh ngeh

suasana dalam perjalanan ke tempat keja.
setiap hari isnin aku akan bertolak dari kampung terus ke tempat keja aku kat sg petani... dah la monday blues, pastu aku sangat jeles dengan pakcik2 yang naik moto baru balik dari kedai kopi...terasa hidup depa begitu best, pagi2 dah tak payah pi kerja, dah tak payah susah2 mengadap karenah orang kat tempat keja ni..
lagi satu yang menarik adalah pemandangan pagi2 tu..kiri kanan sawah, aku akan lalu satu kawasan yg nampak sawah padi terbentang berlatar belakangkan gunung jerai, pastu dengan sinaran mentari pagi yang ceria sekali.. tapi aku tak leh nak snap gambaq la..kan pagi2 rush nak masuk keja...
alangkah bagus kalau duit dah cukup banyak, cukup utk hidup sampai hari tua, kalau umur panjang la..tak perlu bekerja..tak perlu rush pagi2...
haishhhhh..miss norh, sila berhenti bermimpi...huh..
Monday, December 20, 2010
hamba
Menarik ke hari ni? hmmmm...menarik atau tak, perjalanan harus diteruskan selagi masih dipinjamkan nyawa oleh Pencipta sekalian alam.. bunyi macam orang yang tak ada semangat ke? mungkin...tp tak jugak..cuma bermuhasabah diri..
selagi bergelar manusia, kita adalah khalifah di muka bumi..menguruskan amanah Allah..setiap hari perlu dijalani dengan rasa penuh tanggungjawab pada diri, keluarga, teman2 dan sesiapa sahaja di sekeliling kita.. setiap hari perlu dijalani dengan rasa penuh kehambaan pada Allah..
namun, realitinya tak semudah yang diucap..sebagai manusia, kerap kali lupa yang diri kita cuma hamba..hamba yang perlu bersyukur atas segala nikmatNya..hamba yang perlu redha menerima apa jua takdir yang telah tertulis di Loh Mahfuz..hamba yang perlu sentiasa ingat akan kehidupan dunia yang sementara..hamba yang perlu sentiasa mengharapkan rahmatNya untuk kehidupan abadi di sana...

questions of the day
1. Which is better; an organizational without 0rganizational chart or an organizational with organizational chart but the instruction not as per laid out?
2. Why people eagerly want to be at the position but they do not really care about their function?
Setengah berisi setengah kosong
Perhatikan dengan teliti, gelas itu setengah kosong atau setengah penuh?
jawapan anda?
_________________________________
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Mereka yang mengatakan gelas itu setengah kosong menggambarkan seorang yang pesimistik, manakala yang melihat gelas itu setengah berisi, dan berkata dengan penuh semangat, "Masih ada setengah air lagi di dalamnya!" menggambarkan seseorang yang berfikiran positif.
Sunday, December 19, 2010
Multitasking
Multitasking gone bad. Here's something to tell your boss next Monday; switching back and forth between tasks in a multitasking environment may be costing to your company as much as 20% to 40% in terms of potential efficiency due to what researchers call the time cost of switching. Multitasking is also sending decent office workers to their graves sooner than maybe absolutely necessary.
-CLEO-
Am i brave enough to tell my boss??... hhmmmmmm
:P
:P
Dia Maha Mengetahui
....Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ianya amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah: 216)
Saturday, December 18, 2010
Anda happy berblogging?
Anda happy berblogging?
yup..
saya gembira dengan pengalaman baru ni..
Header blog LM
Sudah berapa lamakah anda berblogging?
2 bulan
Adakah anda mempunyai pengalaman pahit selama berblogging..ceritakan.
nope
Harapan terhadap blog anda..
blog ni merupakan sejarah utk saya pada masa hadapan..
pada masa yang sama jugak diharap boleh berkongsi pengalaman dan pengetahuan dgn para blogger lain..
semoga saya mendapat lebih ramai kenalan melalui blogging..
Pandangan terhadap blog LM
saya suka blog LM sebab simple dan mesra..
semoga LM terus bersinar2 dalam bidang blogging ni :)
salam hujung minggu
kawan2 blogger sekalian,
selamat berhujung minggu..
aktiviti apa weekend ni?
memasak apa utk famili? jalan2 ke mana? hiburkan hati di mana?
saya?
di rumah dan ingin berehat sepenuhnya setelah seminggu kepenatan.. :)
MELIMPAH RUAHNYA GANJARAN ALLAH
Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 261:
" Bandingan (derma atau nafkah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seumpama sebiji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Allah melipatkan pahala bagi siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( kurnianya ) lagi Maha Mengetahui"
Berdasarkan kepada ayat di atas, satu amal kebajikan yang dilakukan oleh seorang hamba dengan syarat bahawa amalan itu sah dari sudut syara', mengikut syarat dan rukunnya, serta ikhlas kerana Allah s.w.t akan diberikan ganjaran paling minima dengan 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda, malahan lebih daripada itu dengan izin Allah. Sebagai contohnya mereka yang melakukan ibadat di Masjidil Haram Makkah akan diganjar dengan 100,000 ganjaran.
Manakala orang yang dapat beramal di malam qadar pada bulan Ramadhan diberi oleh Allah dengan pahala yang lebih baik dari seribu bulan. Begitu juga orang yang membaca al-Quran, akan diganjar dengan 10 kebajikan pada setiap huruf yang yang dibunyikan.
Rasulullah s.a.w telah bersabda:
" Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah ( Al-Quran ), maka baginya satu kebaikan dan satu kebaikan itu akan digandakan menjadi sepuloh yang seumpamanya. Tidaklah aku mengatakan mengatakan Alif Lam mim itu satu huruf , tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huru f"
(Riwayat At-Tarmizi )
Selain dari itu niat ketika beribadat adalah satu syarat kepada penerimaan amal ibadat mengikut Mazhab Imam As-Syafie. Niat adalah pembeza antara adat dan ibadat. Nabi s.a.w telah bersabda:
" Hanya sesungguhnya amalan itu dengan niat dan bagi setiap orang apa yang dia niat "
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kadangkala niat yang baik sahaja pun sudah ada ganjaran apatah lagi jika disusuli dengan amalan. Rasulullah s.a.w bersabda:
" Niat seorang mukmin lebih baik dari amalannya "
Memberi tunjuk ajar kepada orang lain atau menunjukkan jalan yang baik supaya dia dapat melakukannya juga mendapat ganjaran sebagaimana orang yang melakukannya. Nabi bersabda:
" Orang yang menunjukkan seseorang kepada kebaikan adalah seperti mengerjakannya "
Iktikaf di dalam masjid misalnya tidak semestinya melakukan sesuatu amalan baru mendapat ganjaran. Apabila seseorang itu masuk ke masjid dan berniat iktikaf lalu dia duduk berdiam diri pun sudah berhasil mendapat pahala kerana dikira sebagai beriktikaf.
Dari Ibnu Abbas r.a : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda mengenai riwayat yang baginda terima dari Allah Azza wajalla: Sesungguhnya Allah S.W T telah menetapkan beberapa kebaikan dan keburukan, kemudian menjelaskan hal itu. Maka barangsiapa berniat untuk melakukan satu kebaikan, namun dia belum/tidak dapat melaksanakannya, maka Allah telah menuliskan satu kebaikan penuh disisinya.
Tetapi barangsiapa berniat melakukan satu amal kebaikan lalu ia melaksanakannya maka Allah akan menuliskan 10 kali ganjaran kebaikan hingga sampai 700 kali kebaikan, bahkan berlipat ganda yang banyak sekali di sisinya.
Dan barangsiapa berniat melakukan satu kejahatan, namun dia belum/tidak dapat melakukannya maka Allah akan menuliskan baginya satu kebaikan yang penuh kepadanya. Tetapi jika dia berniat melakukan satu amal kejahatan lalu dia melakukannya, maka Allah mencatatnya satu keburukan satu keburukan padanya"
(Buhkari dan Muslim)
Setiap manusia ada malaikat yang mencatat amal kebaikan dan kejahatan. Apabila manusia itu mati, malaikat yang mencatat amalan manusia akan diperintah oleh Allah s.w.t supaya berdiri diatas kubur si mati untuk bertasbih, bertahmid dan bertakbir dan menuliskan pahalanya kepada simati.
Sabda Rasulullah s.a.w:
" Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua malaikat ( kiri dan kanan) untuk menulis segala apa yang dilakukan oleh hambanya. Kemudian apabila orang itu mati, maka Allah perintahkan kepada kedua malaikat itu dengan firmannya: " Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hambaku, maka hendaklah kamu bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepadaku sehingga hari Kiamat dan tuliskan apa yang diucapkan itu sebagai pahala untuk hambaku "
( Riwayat At-Tabrani)
Pada satu athar ada disebutkan bahawa kedua malaikat itu melaknat simati sehingga hari Kiamat jika mayat itu kafir.
Begitu juga jika seseorang yang sentiasa beramal kebaikan lalu ia sakit dan tidak dapat melakukan amalan sebagaimana biasa maka Allah akan memberikan pahala walau ia tidak melakukannya. Ini dijelaskan oleh nabi dalam hadisnya:
Dari Anas r.a, bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: " Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan satu bencana pada tubuhnya, maka Allah berfirman kepada malaikat penulis amalannya: " Tulislah juga untuknya amalan-amalan solih yang biasa ia lakukan, kemudian jika Allah sembuhkannya dari penyakit itu maka bersihkan dan sucikan dari dosanya. Jika sekiranya dia mati maka allah akan ampunkan dosanya dan memberi rahmat kepadanya"
( Ibnu Abi syaibah, Imam Ahmad dan Baihaki)
rujukan
tasbih dari Mekah
pemberian rakan kat tempat keja..
dia baru balik dari Mekah..
Subhanallah
Walhamdulillah
Walailahaillallah
Wallahuakbar,
Subhanallah
Walhamdulillah
Walailahaillallah
Wallahuakbar...
semoga ditunjukkan jalan dan dipermudahkan untukku menunaikan rukun Islam yang kelima ini..
Amin
Friday, December 17, 2010
upah zinger
sepatutnya ni hidangan tengah hari..tapi tak sempat nak makan, bos dah ajak discuss lagi (dah la pukul 2 petang baru keluaq beli lunch)... maka hidangan ni bertukar menjadi hidangan makan malam...
ni antara menu yang aku kerap order kalau dok kat kaunter kfc tu.. :)
walaupun nampak tidak menyihatkan namun menyelerakan, tapi as a reward utk aku hari ni yang telah memerah otak bersungguh2, seharian berdiskusi...
so, i deserve it..he he he he...alasan....
panas!!!!!...
mood malam ni adalah.......sangat saaaaakiiiiiiitttttt hati...
broadband ni macam dengan ___________________________
hisshhhhhhhh
broadband ni macam dengan ___________________________
hisshhhhhhhh
buah delima
Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima? Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.
Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.
Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.
Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.
*sila klik di sini untuk sumber rujukan..
hari ini hari jumaat
saya tak sabar nak bermalas-malasan hujung minggu ni...
saya ingin merehatkan minda dan badan saya...
saya merasa gembira pada hari ini :)
Thursday, December 16, 2010
peluang kedua?
perlukah peluang kedua diberi?
hmmmm..
setelah apa yang terjadi,
hati yang dilukai,
tak perlulah terluka sekali lagi,
perasaan tak boleh dipaksa..
cukuplah sekadar sebagai teman..
hmmmm..
setelah apa yang terjadi,
hati yang dilukai,
tak perlulah terluka sekali lagi,
perasaan tak boleh dipaksa..
cukuplah sekadar sebagai teman..
andai ku tahu...
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

By UNGU

Wednesday, December 15, 2010
well done
audit dah abih...lega...kagum betul dengan kemampuan auditor tu..very detail..wrap up pun siap buat presentation lagi walaupun masa terhad..overall, kami (my colleague) berpuashati dengan 'all time readiness' at our department..kalau nak kalut time audit, jenuh la..
auditor did highlight the strength and area for improvement..
yup, yang mana dah tip top, to be maintained..yang mana ada kekurangan lagi, masih ada ruang untuk ditingkatkan..
everyday is a learning day..rite??

rm2 sahaja
mai tengok apa yang kita boleh beli dengan rm2
gel odour destroyer
banished bad smells
leaving fresh clean air
sepit utk pakai tudung yuna
aku pernah jumpa sepit yang sama tapi harga rm4,
kalau masuk kedai accessories kat mall, rm10++..
jadi, berbaloi kan walaupun aku hanya beli barang2 ni di pekan sehari (Pekan Ahad kat kampung aku).. :)
L.I.F.E
Life is a song; sing it.
Life is a game; play it.
Life is a challenge; meet it.
Life is a dream; realize it.
Life is a sacrife; offer it.
Life is love; enjoy it.
Life is a game; play it.
Life is a challenge; meet it.
Life is a dream; realize it.
Life is a sacrife; offer it.
Life is love; enjoy it.
Sai Baba Sathya
Tuesday, December 14, 2010
audit...
hari ni ada customer dari filipina mai buat vendor audit..actually tak buat preparation sangat pun, konon2nya nak test 'all time readiness' la.. tapi actually not bad jugak la utk hari yang pertama ni..
opening meeting tadi, serius giler dua2 auditor tu..sorang dah senior dan memang berpengalaman la..very the technical one.. yang muda sikit tu, hensem gak dan pandai jugak jadi auditor...dah petang sikit, baru la nak senyum gelak2.. lega sikit la macam ni.. ye la, memang la mai audit tapi cuma vendor audit saja kan..bukannya audit ministry pun..relax la..he he..
setakat ni semua soalan2 audit berjaya dijawab tapi tak tau la mcm mana agaknya yang depa akan tulis dalam report tu..bos dah amanahkan pada anak2 buah dia utk handle audit kali ni, sekali pun dia tak jenguk..
esok sehari lagi..wish me luck..

selendang pekan ahad
hari ahad ada pasar pagi yang dipanggil PEKAN AHAD kat kampung aku..pekan ahad ni wujud sejak aku kecik2 lagi..waktu aku dah kenal apa itu duit, pasar pagi dah memang ada..apa yang dijual?? macam2..rasanya segala keperluan dan kehendak, semua ada..barang basah? fresh tau!! kampung aku dekat laut..
dulu2 masa aku kecik, memang tak pernah miss, tiap2 minggu pakat2 dengan kawan, kami akan pi..yang paling femes masa tu, adalah laksa pakdin..tiap2 minggu pekena hat tu ja..lima kupang kot sepinggan masa tu..selalunya, aku akan order bersama dengan ais kacang.. lepas makan2, kami akan ronda2 tengok apa yang menarik perhatian..tapi dulu2 kalau nak beli barang2, aku kena kumpul duit sendiri..mana aku berani mintak kat pak aku..lagipun bukannya orang berada..kalau dah cukup duit, baru dapat beli barang yang dihajati tu..ini kisah dulu2...
sekarang ni, aku dah jarang pi, walaupun boleh sampai cuma dengan berjalan kaki dari rumah mak aku..kalau ada barang yang aku nak beli, baru aku pi.. lagipun la ni, dah ada tiga taman baru kat kampung aku ni, semakin sesak dibuatnya.. kalau time raya lagi la..nak jejak kaki pun jenuh tau..tapi orang tetap ramai..
dan sebenaqnya kalau sesekali aku pi ni, perangai buruk aku, mesti nak beli banyak2 sekaligus..macam la aku tak leh pi dah minggu depan ka..
macam kali ni; aku borong tudung..he he

murah je..
Amanah Hartanah Berhad
iklan apa kat TV sekarang ni yang menarik perhatian rakan2 sekalian?
perasan tak iklan PHB..
ala, yang ada makcik sorang tu sibuk2 pegi arah letak pasu bunga kat tempat yang dia suka.. pastu ada sorang pakcik tu gi tanya kat guard nak tengok rumah dia..
dan ada lagi scene yang lain, tapi tak brapa ingat dah..
jom baca sikit pasal dana pelaburan baru ni;
PELABURAN Hartanah Bhd (PHB) telah melancarkan dana pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang membolehkan pelabur Bumiputera melabur dalam hartanah utama dengan pelaburan permulaan minimum sebanyak RM500.
*menawarkan pulangan sekurang-kurangnya enam peratus setahun
*unit AHB ditawarkan dan diurusniagakan pada harga tetap RM1 seunit.
*boleh dilanggan di semua cawangan Maybank seluruh negara
*jumlah pelaburan maksimum dibenarkan sebanyak RM200,000.
*terbuka kepada rakyat Bumiputera Malaysia berumur tiga bulan ke atas dengan syarat pelabur di bawah 18 tahun perlukan penanda tangan penjaga sah rakyat Malaysia.
untuk berita lebih lanjut, sila klik di sini...
pesanan: jom kita melabur.. :)
Monday, December 13, 2010
gift from paris..saya suka :)
hari sabtu lepas aku keluaq jumpa kawan baikku..
tengok la dia bagi gift kat aku..
walaupun dia cikgu kat batu pahat tapi kami kerap berhubung melalui fb..dia junior aku waktu kat mrsm dulu, pastu sama2 kerja sekali kat kilang sebelum ni, sebelum dia dapat cikgu..kami banyak berkongsi cerita dan luahan hati..
actually dia baru balik dari tour europe...ireland-london-france..best kan dengar.. tengok gambar2 dia kat sana, main salji...dan memang best sangat dengar dia bercerita pasal tour tu..dia pergi berdua, backpack dgn kawan dia..memang adventure tau... bercerita pasal betapa sejuk di sana, fobia dengan sejuk melampau, omputih sendiri kata cuaca kali ni memang ekstrem.. naik cruise, dikejar tupai..melawat trafalgar square, big ben, banyak lagi lah..di france, betapa penduduknya tak berbahasa english, saat yang sukar bagi depa..memang itu pengalaman yang paling bermakna bagi dia, katanya..
bestnya dpt sampai ke effeil tower(aku sangat cemburu...hu hu) ..aku pun nak berangan lebih kuat lepas ni..mana tau, boleh sampai ke sana..he he.. kos perubatan sangat mahal.. makanan not that much difficult..ada kedai makanan halal..
pastu, dia plan nak further study kat sana.. dia jemput aku pi jalan2 sana kalau dia dapat tempat kat sana..
aku teruja dengan cerita2 menarik dia.. so, tahun depan, betul2 aku kena bajet ni..mana tau, aku ada rezki nak melawat tempat orang.. hisshhh..dah la baru dok plan cuti2 ni..adakah europe tour termasuk dalam list aku tahun depan?? hhmmm..ada sesapa bermurah hati nak sponsor aku? he he he
kesimpulan: angan2 bisa menjadi kenyataan..aku kagum dengan semangat dia..
tengok la dia bagi gift kat aku..
scarf
key chain

Subscribe to:
Posts (Atom)