Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Sunday, April 15, 2012

pak tongko

minum petang?

jom!

pada sesiapa yang mai sg petani, cuba la pak tongko kat kedai ni..dari tol sg petani selatan..terus ja sampai simpang kat giant..terus lagi sampai nampak kedai sebelah kanan..dan buat u turn..

selain dari pak tongko (seperti gambar di bawah ni), ada donat, karipap, bihun sup, cendol dan laksa..


Friday, April 13, 2012

dapat award??

hari ni dapat tau syarikat aku bekerja dapat award

2012 Malaysia Frost & Sullivan Excellence Awards

tahniah untuk semua :)

berbaloi jugak rasanya dok stress pasal keja yang banyak

moga2 orang atasan ada hati la nak bagi apa2 dekat orang bawahan macam kami ni..

 

Thursday, April 12, 2012

Aceh 6 - Masjid Baiturrahman

Gempa melanda lagi bumi Acheh.. semoga Allah melindungi penduduk Aceh dan juga penduduk Malaysia dan lain2.. masih teringat lagi kenangan di bumi Aceh yang tenang sewaktu ke sana bulan lepas.. 

Semalam, waktu gempa, aku tido dan sewaktu kejadian, jiran tengah dok renovate rumah..jadi tak sedar.. cuma tau lepas kakak aku call dan bagitau depa rasa gegaran lama gak la.. Sg petani pun terasa gak gegaran ni.. 

Sewaktu di Aceh, kami sempat solat di Masjid Baiturrahman yang menjadi tempat perlindungan penduduk Aceh sewaktu tsunami 2004 dan juga sewaktu gempa semalam.. tersergam indah dan terasa sangat kebesaran Allah bila teringat detik2 tsunami 2004..

Menurut abg yani, segala perbelanjaan selenggara masjid adalah daripada hasil burung walit yang buat sarang kat kubah2 kat masjid tu.. depa dapat tau burung walit buat sarang tu pun secara kebetulan saja, sewaktu nak baiki kubah lepas kena gempa.. Subhanallah..berapa banyak kubah yang ada dan betapa Allah menjaga dan memberi rezeki untuk rumahNya..

dari wikipedia;
 "Masjid Raya Baiturrahman adalah sebuah masjid yang berada di pusat Kota Banda Aceh. Masjid ini dahulunya merupakan masjid Kesultanan Aceh.
Sewaktu Belanda menyerang kota Banda Aceh pada tahun 1873, masjid ini dibakar, kemudian pada tahun 1875, Belanda membangun kembali sebuah masjid sebagai penggantinya.
Masjid ini berkubah tunggal dan dapat diselesaikan pada tanggal 27 Disember 1883. Selanjutnya Mesjid ini diperluas menjadi 3 kubah pada tahun 1935. Terakhir diperluas lagi menjadi 5 kubah (1959 - 1968).
Masjid ini merupakan salah satu masjid yang terindah di Indonesia yang memiliki bentuk yang manis, ukiran yang menarik, halaman yang luas dan terasa sangat sejuk apabila berada di dalam ruangan masjid tersebut."


















Wednesday, April 11, 2012

home sweet home


rasa macam dah lama tak lepak2 kat rumah sendiri... *iya lah tu*
mana taknya.. weekdays, sibuk keja.. kul 7 baru sampai rumah..
weekend, balik rumah mak
dak pun jalan2 cari makan..
hari ni dapat cuti free, 
baru la sempat nak tengok rumah tangga sendiri,
atau lebih tepat lagi, baru sempat nak mengemas rumah.. :P 
 

Monday, April 9, 2012

from taiping with love

weekend di taiping,
best sangat :)
penuh aktiviti dua hari,
 bergelak ketawa dalam taman2 yang penuh kehijauan,
mengalami beberapa insiden yang buatkan aku rasa lelaki2 yang dok kat taiping ni adalah lebih gentlemen..nak cari orang taiping la macam ni..he hehe
nak tunggu cerita taiping, nanti2 la..


Friday, April 6, 2012

suku pertama

lamanya tak mencoret luahan jiwa..
hhmmmmmm...
terlalu banyak sangat kot nak luah sampai tak terluah..
sepanjang 3 bulan pertama tahun ni, aku sibuk..
samada memang sibuk atau memang aku sengaja cari sibuk tu...
tak padan dengan sibuk keja, boleh la pulak aku dok cari sibuk lagi hujung minggu, berjalan ke sini sana..
nak share cerita aku jalan2 pun tak abih lagi..
esok & lusa nak meronggeng kat taiping..yayy!!
pastu aku dah apply leave untuk next trip..he he
mulanya dah insaf sat untuk berjalan2 ni tapi why not kan.. :p 
asal bahagia :)

dalam sibuk2 ni, sampai aku jatuh sakit dan musnahkan rekod MC aku yang aku pegang selama 5 tahun ni..hu hu..
mula2 sedih gak nak pecahkan rekod MC ni, 
tapi sakitnya masa tu; sampai menangislah..
buat full medical checkup..Alhamdulillah, tak ada apa..
mula ingatkan batu karang..tapi bila buat ujian darah dengan scan, tak ada apa pun.. masa ni jugak baru aku dapat tau kolesterol aku masih di tahap rendah..padahal aku memang tak pantang langsung bab makan ni..belasah semua..
sakit tu mungkin sebab angin..makan tak menentu pasal keja banyak, pastu nescafe tak tinggal..memang ingat sampai bila2 la sakit  ni..

cerita pasal keja;
another learning journey dengan bos baru..
tapi belum rapat macam dengan bos lama
walaupun tak rapat, bos lama jeles la jugak (perasaan aku)..ha ha ha
walaupun bos baru baik (pada aku.., dia tak berani marah aku lagi la setakat ni.),
tapi dia kena gain lagi untuk dapatkan trust aku.. :P

dan paling aku best sekarang, dia dah tau aku suka jalan2..
bulan lepas dia nak suruh aku pi outstation, siap umpan aku 'u can moving around'...
dapat la gak aku jenjalan kat singapore.. 
buat kejanya sikit, jalannya lebih..he he he

dia tak sampai hati tak bagi cuti kalau aku mintak..he he
part tak best; kalau dia takdak, aku kena cover tugas2 dia..
awat dia tak suruh bos lama aku cover tak tau!..
sesetengah perkara, aku masih blur pasal orang yang pangkat besar2 ni..haisshh

sebenarnya kan, aku teringin nak cakap ayat2 ni kat bos aku;
"sir, I do not know how to do"
"sir, i forgot to do"
"sir, not yet complete"
"sir, i'm not well, not coming today"
tapi belum mampu..

tapi tadi aku tanya dia;
"Any vacant post for gardener here? I want to apply.."

dia jawab;
"No garden here."

:P





Thursday, April 5, 2012

Aceh 5 - Masjid Baiturrahim

Masjid Baiturrahim..dahulu dan sekarang... 
sempat solat jamak asar dan zohor kat sini..layan gambar ja ye..














Tuesday, April 3, 2012

Aceh 4 - Pantai Uleelheue

kawasan ni merupakan kawasan asal penempatan penduduk kampung yang dilanda tsunami.. tapi dah tak dibenarkan sesiapa pun menghuni di sini.. abg yani juga bawa kami ke pengkalan yang disumbangkan oleh kerajaan malaysia..tapi pengkalan tu belum siap.. bila dah siap nanti, nelayan2 akan berpindah ke sini untuk uruskan hal2 penangkapan ikan depa..

waktu meronda di sini sempat la abg yani cerita, sebelum kejadian tsunami, belia di aceh banyak yang keluar dari aceh memandangkan waktu tu ada gerakan aceh merdeka.. ramai jugak pemimpin2 depa yang lari ke luar negara..lepas ja dari tsunami tu, masing2 dah insaf dan dah baik2..secara melawak, dia kata , kalau tak insaf lagi, memang tak tau nak kata apa lagi la...

pokok ni tumbuh merata2 di kawasan tepi muara ni.. cantik bunganya dan banyak khasiat.. nelayan2 ke laut yg kena sengatan ikan akan gunakan daunnya sebagai penawar..

kami bergerak ke pantai Uleelheue.. angin sepoi2 ja dari lautan hindi

kerusi2 disediakan untuk pelanggan menikmati air teh manis (air dalam botol tapi tak kena dengan tekak aku la..dapat teh ais yang macam kat malaysia, memang A lah..hehe) dgn jagung bakar..layan weh petang2 macam ni... 
tapi kena beringat gak la.. tanah tempat dilanda tsunami ni ye... kalau tengok gambar kat atas ni, dalam jarak 30 meter ke dalam air tu adalah bekas tapak rumah2 penduduk ye..tenggelam jadi lautan dah...

pemecah ombak.. kalau tsunami nak jadi lagi, memang akan jadi jugak la kan..

area nun di hujung sana tu, dengar khabar ada negara yang nak sebab ada bahan galian yang boleh buat banyak duit di situ tapi kerajaan aceh tak benarkan....
*sengaja aku gunakan kerajaan aceh*

kesan2 rumah rosak yang dilanda tsunami, masih kekal hingga kini..

jemput bersantai di sini ya kawan2.. kami dok sat saja kat sini, mengejar masa..nak ke tempat lain..hehe



pasir dari perut bumi

kebanyakannya jual makanan/minuman yang sama; air kelapa, teh manis, dan jagung bakar..gerai sebelah menyebelah dan sepanjang2 pantai..masa kami mai sini, tak penuh lagi gerai..bila dah malam baru meriah..tapi takdak pulak la aku rasa kes dengki mendengki ni.. aman ja depa jual makanan tu dekat2..

Sunday, April 1, 2012

Aceh 3 - Lampulo

seterusnya kami dibawa berjalan2 di sekitar banda aceh ..untuk melihat satu lagi tinggalan tsunami iaitu kapal yang dibadai tsunami tapi akhirnya mendarat di atas rumah.. namun anak2 kapal seramai 55 orang terselamat dalam bencana ni.. kawasan ini merupakan perumahan nelayan.. menurut abg yani, nelayan2 yang berada di lautan tidak mengetahui kejadian tsunami hinggalah mereka sampai balik ke acheh dan lihat keadaan yang sangat huru hara.. 

kalau dilihat, persekitaran di situ memang seperti takdak apa2 yg berlaku sebelum ni.. penanda ke kawasan tinggalan sejarah tsunami ni pun dah tiada, kami berpusing dua tiga kali jugak mencari lorong yang betul.. 

abg yani cakap, ramai orang2 luar dari aceh yg menetap di sini memandangkan banyak2 rumah2 bantuan dituntut oleh waris2 dari luar aceh.. orang2 aceh sendiri kebanyakannya telah hilang ditelan tsunami dan kalau ada pun, masih trauma dengan kejadian tsunami..