salam semua :)
norh ke singapura pada bulan mac tahun ni..lama dah kan..ha haha..masa tu zaman norh tak dak mood sangat nak blogging.. so, tersadai la gambar2 ni kat dalam laptop..
norh ke sana pun secara mengejut ja, menggantikan kawan untuk suatu urusan keja.. last minute book hotel..last minute jugak bertanya kawan2 yang available untuk bawak norh berjalan2 kat singapura..
actually hal keja sekejap ja tapi sebab last minute book flight, flight penuh hari yang sama..terpaksa book hotel...bila nak book hotel, hanya boleh book hotel yang dalam range boleh claim saja..susah la nak mencari hotel untuk bajet yang ada.. waktu cuti sekolah plak masa tu..yang dapat hanya kat area red area..hu hu..masa tu tak tau pun apa maksud red area bila dok kalut2 baca review pasal hotel ni..rupanya bila pi ofis kat singapore, masing2 tekejut bila cakap stay kat hotel tu..mana la norh tau kan..dah la kelam kabut book flight dgn hotel semua..
lepas abih meeting, sorang staff ofis sana tolong teman check in dan untuk make sure hotel tu adalah selamat untuk norh.. alhamdulillah, walaupun red area tapi bahagian yang dekat dengan kejiranan lain...so, kira macam selamat la.. tapi berpeluang melihat 'warna' malam di red area singapore..:P
lepas check in, rakan satu syarikat bawa norh ke suntec city..kat situ, norh menapak sorang2 dari satu kedai ke satu kedai sampai sakit kaki..tunggu sampai ada pertunjukan air pancut..ambik gambar sikit ja tapi tak brapa cantik..at last, stop ambik gambaq, layan ja air pancut tu..
malam sebelum ke sana tu jugak baru norh sms kawan tanya kalau dia free untuk the next day..nasib baik dia boleh bawak norh jalan2 kat sana..berbaloi gak la sambil keja sambil tengok tempat orang..padahal berjalan2 adalah lagi banyak dari buat keja..ha ha ha
lepas lepak kat suntec city, balik hotel, pastu tunggu kawan mai..punya la lambat sebab dia dari jb..
gigih sungguh ronda2 kat singapore waktu tengah malam :P
ni area geylang
melepak kat area marina bay
motif letak igloo merah yang dikelilingi bangunan pencakar langit?
tak terasa pun nak naik ferris wheel ni..
masa ni ntah kul brapa pagi ntah..orang pun dah balik dari clubbing..
pada asalnya, keesokan hari tu nak ambik teksi atau bas saja untuk jalan2 kat singapore sebab norh ingat kawan norh balik jb malam tu..
rupa2nya pagi esok tu, dia bagitau dia tido dalam keta..so, maksudnya norh sambung jalan2 dengan kereta kawan :)
tapi still tak dak fix plan pun..mana2 tempat yang best yang kami jumpa, kami akan singgah..tapi norh berhajat nak pi clark quay..
so, tunggu next entry ye, norh ke mana lagi kat singapore ni.. :)
walaupun cuma dok 2 hari 1 malam, entry nya confirm lebih dari 1 :P