Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ad

Thursday, January 31, 2013

redha

minggu ni, tetiba dilantik jadi inspection coordinator.. tetiba?.. biasala, bab2 nak buat keja semua serah ke norh.. bab2 nak dapat cert or lain2 appreciation, serah ke depa2 hat lain.. inilah nasib diri kerja di sini.. sebenarnya norh takdak la nak kecik hati sangat pun tak dapat cert or whatever seangkatan dengannya sebab norh dah redha hakikat kerja kat co ni.. (nak puas hati, pi kerja sendiri, ye dak)..  tapi increement of coz la nak kan (kalau dak, macam mana nak masuk dalam tabung gajah nak beli tiket flight :p), 

lagi pulak norh baru abih baca buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki' minggu lepas..masih terkesan lagi ilmu dan cerita dari buku tu.. ringkasnya, rezki dari Allah..yakin lah dengan rezki Allah, meminta hanya padaNya dan redha dan bersyukur dengan rezkiNya..tak perlu pujian dari manusia, cukuplah dengan keredhaan dariNya..

berbalik kepada jadi inspection coordinaor, motif norh dinominasi untuk buat kerja tu??.. adakah sebab bos nampak norh takdak kerja? adakah sebab norh friendly sangat dengan auditor2 sebelum ni? or adakah sebab dapat meja baru? hu hu hu
apa pun motif dia, tahun ni confirm dah bakal menghadap 4 auditor besar.. (nak plan bercuti pun dah jadi pening tau)..

so, strategy pertama norh..akan practice memaniskan senyuman... :)
ok norh tipu..macam mana nak practice senyum kalau to do list berjela-jela..tak tau nak sentuh hat mana satu pun.. sampaikan nak balik rumah blogging pun dah tak larat nak bukak laptop..hu hu

tetiba hari ni, dengar2 ada carta baru dan norh bakal dapat sorang lagi anak buah yang mana bermaksud bertambah lagi job scope yang bukan satu..

errkkkk..rasanya jarang terkantoi dengan bos waktu menyembang dengan kengkawan, awat dia rasa norh banyak masa lapang ni??


norh, 
redha please...
Post a Comment