bahagia atau sebaliknya...senang atau sukar..., hidup adalah untuk dinikmati...

Sunday, October 31, 2010

Pantai Merdeka

tengahari tadi, anak menakan mai rumah mak aku..dok panggil2 nama aku pastu dibaginya aku sebungkus nasi..dok sat, dia ajak aku p mandi ayaq terjun..bodek la taksat tu.. mak dia habaq, dah dua hari dok sebut nak p mandi ayaq terjun,..selalunya kalau nak mandi ayaq terjun, destinasi aku adalah lata bukit hijau...aku habaq boleh pi tapi pukul 2 petang la..pastu dok sat, dia mai habaq balik kat aku, pi mandi pantai pun syok jugak no...aku kata ..aaa takpala, pantai pun ok jugak..dekat sikit..pantai merdeka..agak lama jugak rasanya aku tak pi sana ..dah 3 tahun kot..
masa aku kecik dulu, kalau dapat pi pantai merdeka ni memang hebat dah la..nak sampai pantai merdeka tu, kena seberang sungai muda sampai ke kota kuala muda dengan sampan..sampan tu pakai pendayung..sorang 4 kupang kot tambang dia..dari kota kuala muda, kena ambik bas nak sampai ke pantai merdeka.. la ni dah ada jambatan muda..jadi, aku boleh seberang sungai tu guna jambatan tu dah la ni..walaupun ada jambatan tu, perkhidmatan sampan masih ada cuma la ni dah tukaq pakai enjin..
dari rumah mak aku nak sampai ke pantai merdeka tu, ambik masa 20 minit..tu pun aku bawak keta ala2 bersiar2..he hehe..sesampai di sana; wah! dah berubah pantai merdeka ni..merdeka beach resort dulu aku tak perasan ada ka dak, dah lawa la ni..kalau dulu ada, mungkin tak cantik sebab tu aku tak perasan kot..ada food court yang menarik dan banyak kedai makan..tapi kami tak singgah makan pun tadi..orang tak brapa ramai, maybe awal lagi kot waktu tu, pukul 3.30 petang..
dari pantai merdeka, boleh nampak tanjung dawai dengan gunung jerai..ada gak perkhidmatan bot ke tanjung dawai. orang boleh beli jualan berasaskan hasil2 laut kat situ..boleh kata murah jugak la...angin kuat jugak masa kami sampai tadi...minggu ni selalu hujan kat belah utara..
sebelum budak2 tu mandi, belikan snek, main kat playground sat.. besaq gak playground dia...pastu mandi..tapi tak lama sebab memang nampak macam nak hujan..sudah saja depa mandi, teketaq-ketaq kena penangan angin kuat plus angin yang nak bawak hujan..masuk ja dalam keta, ngam2 hujan turun..selamat kami..
sila la berkunjung ke pantai merdeka untuk rasa angin pantai bersama deruan ombaknya...


sila o sila

orang jual layang2

rojak + keropok + cucuq + nugget

seronok main

playground

food court nun di sana

berangin

pandangan ke utara

tanjung dawai

gunung jerai

pandangan ke selatan

pantai merdeka

LOVE di langit sepang gold coast

kalau sayang itu boleh dilihat namun tak mampu untuk dimiliki...
seperti digambarkan melalui lensaku...


apa yang terjadi, 
jadikan sebagai pengalaman, jadikan sebagai pengajaran...
antara kepedihan, antara kekeliruan, antara kerterlupaan...
apa yang diharap,
yang terbaik untuk diriku,  yang sentiasa dalam rahmatMu..
saat ini, ya Rabbi,
ku pasrah padaMu..
moga diberi kekuatan untuk terus menghadapi ujianMu ya Allah...



Saturday, October 30, 2010

yang tak terputus

UJANG

selalunya kalau pi kedai majalah, aku cuma akan belek majalah2 yang berunsur feminin atau info..
baru2 ni, aku pi jenguk bahagian komik..
dan aku nampak majalah ni..



lamanya tak baca kartun2 macam ni..
satu lagi yang aku jumpa jugak; 'GILA_GILA'..
dulu2 masa aku kecik2, aku 'study' majalah2 ni ja...nasib baik masuk U jugak.. :)

ICT SHAH ALAM

uish, hari ni dah 30 oktober..cuti dan rehat di rumah saja..tetiba rasa macam dah lama tak berjalan cuti2 malaysia.. padahal baru bulan lepas ja pi berjalan2 di ibukota..he he he..bawa mak beraya di kuala lumpur..
masa pi beraya tu, berkesempatan la ke ICT Shah Alam..sampai di situ lebih kurang pukul 11 malam..dan orang masih ramai..biasalah kan..dah namanya pun ibukota..sebenarnya dah penat dah waktu malam tu..sebab sebelah siang  tu aku drive dari penang ke kl..pastu beraya sakan ke rumah adik beradik sebelah kakak ipar..tapi memandangkan abang nak bawa anak menakan pi tengok tempat yg bercahya tu, so ikut jugaklah walaupun hajat di hati nak cari tempat untuk letak kepala ja..tapi sebetulnya lupa nak upload gambar dengan famili tu..gambar2 yg kat bawah ni masa pi dengan kawan aku..tak plan pun nak pi sini..kebetulan ada training kat kl julai hari tu, teringat nak pi melawat dia..so, sampai jugak la aku di bandar klang..mula2 plan nak pi tengok wayang tapi masuk dalam keta, tukar haluan ke ICT..since dia pun tak pernah pi selama bertukar keja ke sana...
berkerlipan tempatnya..
rumput pun tak sempat nak tumbuh sebab ramai sangat yang memijaknya..













ps: tengah mencari tempat yang best untuk dilawati untuk menyegarkan minda...



Friday, October 29, 2010

kiwi

dulu aku tak suka makan kiwi sebab kiwi hijau tu masam..
tapi sejak tengok Majalah 3 yg cerita pasal kiwi tu, 
Golden Kiwi..
terus aku tertarik nak beli..
dan bila rasa, memang best..sedap..tak masam..
antara kelebihannya adalah;
satu hidangan Kiwi ada lebih banyak Vitamin C berbanding dengan buah oren, 
lebih banyak potasium daripada sebiji pisang, 
dan lebih banyak serat makanan daripada semangkuk bijirin..

 saya suka kiwi kuning

saya tidak suka kiwi hijau


*sekarang ni dah jadi diet wajib bagi aku...*

8 Pembohongan Ibu Kepadaku!

sebuah kisah untuk renungan...
sumber ILUVISLAM.COM


Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!
Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.
Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!

01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.

Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata:

MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!

Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya.

SAYA SAYANGKAN MAK...!!!


Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!

Thursday, October 28, 2010

nasihat untuk hari ni

dah beberapa hari ni, on ja pc,
outlook tak boleh nak connect..
kena restart sampai 5, 6 kali..
tahap kesabaran menurun lagi..
aura negatif meningkat lagi..
hu hu hu...
apabila hari anda dimulakan dengan hati yang panas,
apa yang anda harapkan untuk sepanjang hari tu?..
semangat yg hilang la kan...
jadi, ku pujuk2 la hatiku ini..
tarik nafas dalam2..
banyak2 bersabar..
diam dan fikir topik untuk blogging adalah lebih baik dari marah2..



kenangan terindah

lirik yang masih berbekas di hati....

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka

Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...

Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Ooh...


Bila yang tertulis untukku

Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Ooh...

selamat pagi

mulakan hari ini dengan senyuman ya.. :)

Wednesday, October 27, 2010

dulu-dulu

susah sungguh jadi orang dewasa ni kan, banyak hal2 yang kena pikiaq.. pasai tanggungjawab, keja, hutang2, konflik2 dan yang sewaktu dengannya lah...
tak macam waktu kecik2 dulu..rasanya tak pernah pikiaq masalah pun..waktu dulu2, mana da tuisyen macam budak2 zaman la ni..dulu2, aku tak buat keja sekolah pun..yang aku tau, balik dari mengaji quran, tunggu kawan2 mai depan rumah..pastu buat geng, main la macam2, antaranya; toi (galah panjang), tuju kasut, aci sembunyi, zeropoint, jengkek,..dan yang paling mencabar aku rasa, main perang senapang bemban..sakit weh kena tembak..
budak2 la mesti tak kenai dah permainan2 kampung ni... la ni, aku tengok anak2 menakan aku mana main dah mainan2 tu.. jadual depa; pi tuisyen..pastu main game komputer...bezanya zaman aku dengan zaman la ni..dalam erti kata lain, dah semakin tua la aku ni.. :P
ooh satu lagi aku nak cerita, dulu2 aku selalu mandi laut.. rumah aku dulu dekat dengan pantai, la ni dah tak dak pantai sebab tumbuh pokok api2.. jadi petang2 aku boleh p mandi laut walaupun mak aku melarang..biasala ..balik pandai2 la cover.. :))
tak lupa jugak, pengalaman cari kerang dalam selut dekat pantai tu..mana nak dapat dah pengalaman tu la ni.. 
nostalgia betul la..

the art of recruitment

recruitment process;
steps

1. know what u want

2. sourcing candidates

3. process
i. screening
ii. interviewing
iii. question bank
iv. record what u see, not what u think
v.how people give answers
*aggresive*
*diplomatic*
*mumbling*
*non-verbal behaviour*
*smiling*
*body language*


temuduga selalunya berlangsung setelah resume calon2 melalui proses penilaian, 
jadi resume memainkan peranan penting,
selepas calon2 terbaik di senarai pendek,
bermulalah sesi temuduga,
pandangan pertama, yang tak berapa lama tu, penting kita manfaatkan setiap detik untuk mempengaruhi seseorang penemuduga..
cara seseorang calon tu memberikan jawapan, memang mempengaruhi penemuduga..
kalau ramai calon yang ditemuduga, penemuduga akan melakukan perbandingan antara calon2..
tak lupa juga, faktor naluri pun adalah penting untuk menjadi seorang penemuduga ni..

*bila aku nak p interview ni ek..dah lama tak jadi calon temuduga ni.. :)*

takdak mood

hari ni macam2 perasaan yang aku rasa..
pagi2, aku malas nak p keja, agak lewat jugak aku keluaq hari ni..
pastu pagi2 lagi dah 'ribut taufan'...
dah la hujung bulan, berlambak2 yg kena settle..
dah tu..aku dok berselang rasa sedih...
so, mood pun lebih kurang mcm chipsmore; now u see, now u don't... :(

Tuesday, October 26, 2010

head hunter



semalam rakan sekerja aku ada terima call dari head hunter. then dia cerita kat aku yang head hunter tu nak cari post yang lebih kurang post aku pegang la ni dan dia suggest nama aku dekat head hunter tu..
sebenaqnya ada la jugak beberapa kali aku dihubungi oleh head hunter.. mula2 aku mengaku dgn head hunters tu yang aku berminat dengan offer depa..konon2 nak test market..he he he..tapi pasai pa tak tau aku tak dak motivasi nak update resume..so, at last tak jadi la aku test market..
nak kata aku sayang sangat dengan company ni, dak la sangat pun..ada banyak benda jugak yang sebagai seorang staff; aku berasa tak puas hati..namanya pun manusia kan...

alasan2nya adalah seperti berikut;
1. mengenangkan job scope aku ni yg aku rasa mencabar, so keja kat mana2 pun akan rasa sakit kepala la jugak kan.
2. takut dpt colleague yg tak ngam..Alhamdulillah colleague aku la ni best2.
3. jauh dari kampung halaman.
4. aku ni org yg malas nak fikir pasai risiko.

wah, banyaknya alasan, patutla resume aku tak ter'update'..

so, walaupun gaji dekat 2 kali ganda, aku buat tak brapa kesah ja...bila la aku nak berubah ni??

testing

*testing utk scheduled entry*

entry ni specially dedicate utk putihnya,

dengan ucapan 

thanks for being my lovely housemate.

dari hati

aku yang tak mengerti,
        hakikat peristiwa terjadi..
aku yang tak menyedari,
        hikmah yang tersembunyi..
aku yang ingin menyendiri,
        menagih kasih Ilahi..

Monday, October 25, 2010

Microbiologist

aku memulakan kerjaya sebagai seorang ahli kaji kuman...
and I just love it..

Microbiologists are biological scientists who study organisms so small that, generally, they can only be seen with a microscope.



barang2 permainan ku...



under the microscope


7 tahun aku hands on keja2 kat lab...dan aku teringin nak berada di situ lagi tapi apakan daya...bos aku dah tak bagi aku buat keja tu lagi..work must go on ;)..takkan nak terus berada di situ..walau hakikat sekarang ni, aku rasa keja tu lebih cool...

Ikhlas

Petikan dari ILUVISLAM.COM

Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas iman. Ikhlas adalah rahsia Tuhan sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia juga adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Terdapat para sahabat yang apabila mendengar tentang ikhlas mereka akan menangis. Mereka berasa tidak selamat dan tidak mungkin dapat memperolehi Ikhlas kerana begitu tingginya nilaian untuk mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal.


Contoh-contoh yang dikatakan mengaku ikhlas ;
Membantu seseorang sambil berkata,
" Ambillah, saya ikhlas. "
Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak,
" Saya tolong awak ini ikhlas tetapi sedih kerana awak menolak. "
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,
" Yang Ikhlas " atau " Yang Benar "

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Tiada sesiapa yang mengetahui yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada sesiapa yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

***untuk renungan***

ekspresi

Sudah selesai satu hari isnin..dan ekspresi aku di hari isnin ni adalah seperti figura kedua di bawah ni ya, bukan yg pertama :P



Monday
Mad as hell



Tuesday
Slowly coming out of it...



Wednesday

But not quite there, so watch it!  



Thursday
The end of the work week is in sight..



Friday
Luv my  Saturday!



Sunday afternoon

Oh-oh!
 
 
 
Sunday night
Here we go again!!!  



Actually cute faces ni bos aku yg forward pada kami2 ni, anak2 buah dia..
cute kan?? 
sejak hari dia forward tu, aku selalu la jugak selit2kan ekspresi aku dlm email2 aku ke dia..
dia tak la pulak marah aku kalau aku reply mail dia walau hanya guna ekpresi2 ni sbb dia pun buat benda yg sama gak dgn aku... :))

dan ekpresi favourite kami adalah seperti di bawah...










 
 
hu hu hu

Sunday, October 24, 2010

motivasi

motivasi...motivasi...motivasi...
di manakah kau motivasi? hu hu hu
asal ahad malam ja, mesti rasa semangat satu macam saja..asal esok isnin ja, mesti hati tak berapa nak tenteram.. mungkin sebab dah nak hujung tahun kot eh..dah penat dah bekerja setahun ni ya (*macam la sebelum setahun tu berhenti buat keja*)..lebih kurang maksudnya dari gaji baru thn lepas..(*wink*wink*).


apa maksud motivasi bagi anda?



bagi aku, pelbagai gabungan dari di atas bergantung pada situasi2 tertentu...


tapi buat masa ni, kat mana dia dok sembunyi tak tau???

Today

Its Sunday
I LOVE Sunday
Nothing done on sunday
Its my recovery day



THE CLIMB

My favourite song

The Climb
I can almost see it
That dream I’m dreaming but
There’s a voice inside my head sayin,
You’ll never reach it,
Every step I’m taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

The struggles I’m facing,
The chances I’m taking
Sometimes they might knock me down but
No I’m not breaking
I may not know it
But these are the moments that
I’m going to remember most yeah
Just got to keep going
And I,
I got to be strong
Just keep pushing on,
cause

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Somebody's you're going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It’s all about
It’s all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith
Whoaaa Ohwaoooh

Mee Udang Pulau Sayak

hujung2 minggu ni, lepak2 di rumah...teringin pulak nak makan mee udang pulau sayak ...

paling sedap..tiada tandingan lagi setakat ni...



kalau aku rajin drive, dapat la aku merasa petang ni... :)